Selama Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Aku ucapkan kepada kawan-kawan dan pembaca blog aku nih. Jika ada tersalah cakap, tersalah gurauan, tersilap kelakuan, termakan atau terminum tanpa aku sedari...aku minta maaf dan aku minta halal.

Aku ucapkan ribuan terima kasih atas segala teguran, persahabatan, kesetiaan dan pemahaman akan diri ini yang telah kalian berikan kepada aku selama ini. Akan aku hargai semua itu hingga ke hujung nyawa.

Sekali lagi, aku dan su ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa. Sekian, terima kasih.

Puasa hari ke-26 dan 27

Assalamualaikum. Apa kabar semua?. Aku setakat nih alhamdulillah, sihat seperti biasa. Cuma aku masih menantikan result medical checkup aku hari itu. Bagaimana agaknya result itu nanti kan?. Well, semalam aku berbuka dengan man, boss, ayen, rizal dan kawan-kawan mereka yang lain di Jaya Jusco. Pada mulanya, kitorang pergi ke Bazaar Ramadhan Seremban 2. Akhirnya, aku sampai jugak ke sana. Banyak jugak pilihan juadah berbuka kat sana, orang pun bukan main ramai lagi. Aku dan man masing-masing beli 2 jenis kuih dan air mata kucing. Yang lain pula hanya beli sejenis kuih jer. Tiba di Jaya Jusco, sudah menunjukkan jam pukul 6.50 pm. Time macam nih memang susah nak cari tempat nak berbuka kat Jaya Jusco tuh. Punyalah ramai orang, tuhan sajer yang tahu. Dengan bebudak nih tak beli air lagi dan mencari tempat punya pasal, akhirnya kitorang berbuka jer kat bangku kat luar Jaya Jusco tuh. Macam picnic plak rasanya...hahahaha. Then ingatkan bebudak nih nak berbuka kat Kenny Rogers...last-last tukar planning, semua sambung berbuka kat Restoran Victory ( Kedai Masakan Cina Muslim ) yang terkenal kat Seremban 2 nih. Aku kalau makan kat kedai nih, makanan kesukaan aku adalah Nasi Campur dia. Memang superb lah, sayur campur dengan daging ayam dan udang. Dahlah banyak, sedap plak tuh...memang lepas makan tuh, terasa kenyang sampai ke sahur.

Hari nih, setelah selesai semua lecturer dan staff bertadarus. Satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan oleh kelas Pengajian Islam bimbingan Cik Umi Hidayah dan jugak Majlis Perwakilan Pelajar Cosmopoint Seremban. Majlis itu telah dikendalikan oleh ayah Cik Adlina Mansor iaitu Tuan Hj Mansor. Aku tak dapat hadir majlis tersebut kerana aku punyai 2 kelas berturut-turut, aku cuma dapat singgah sekejap untuk mengambil gambar majlis tersebut. Aku minta maaflah pada lecturer-lecturer yang lain jika mereka rasa aku macam tak nak terlibat dengan majlis nih. Bukan aku tak nak terlibat, cumanya aku punyai kelas secara berturut-turut. Well, picture majlis tersebut akan aku upload besok dalam post aku seterusnya. Hari nih aku ada kelas malam, aku rasa macam nak marah jer 2 student aku dari kelas malam tuh. Apa yang aku ajar last week, boleh dorang nak minta aku ajar balik. Pergh! nak meletup kepala aku rasa. Then, aku coolkan diri dan ajar mereka perlahan-lahan. Akhirnya settle masalah, minggu depan aku aspect dorang tuh dah master basic skill sebelum aku pergi ke next chapter. - to be continue -

Puasa hari ke-25

Assalamualaikum. Apa kabar semua? Aku seperti biasa sihat sajer. Cuma seawal pagi tadi semasa sahur aku dikejutkan dengan satu perkara yang amat aku takuti. Akak aku sesajer nak check darah aku, nak tengok kandungan gula dalam darah aku. Dengan menggunakan alat bacaan kandungan gula dalam darah, akak aku pun mengambil darah aku sikit dihujung jari manis tangan kiri aku. Alangkah terperanjatnya aku bacaan gula dalam darah aku agak tinggi. Tapi tidak setinggi akak semasa dia check kat hospital arituh. Pergh! aku agak risau jugak, nampak gayanya aku terpaksa tinggalkan makanan-makanan manis dan penuh dengan karbohidrat. Nampak gayanya aku kena pergi check kat klinik untuk tengok bilangan kolestrol dan minta prescription untuk masalah kesihatan aku nih. Sepertimana arwah ayah dan mak aku, aku jugak maybe akan bergantung pada ubat untuk kawal masalah ini. Aku kena kawal masalah ini as soon as possible kerana petang tadi hospital telah call aku untuk memberitahu tarikh operation aku. Aku dijangkakan akan jalani operation pada 22hb Oktober depan. Aku kena kawal masalah gula dalam darah aku nih, kalau tidak ianya akan memberi kompikasi pada pembedahan aku nanti. Kalau boleh aku nak jalani operation ini dilakukan secepat mungkin, aku dah tak mahu menunggu lama lagi.

Well, dengan aku dalam status kerisauan...aku telah mengajak Su untuk berbuka bersama untuk kali terakhir sebelum aku balik ke Kluang jumaat nanti. Hilang sedikit kerisauan aku bila dapat tatap wajah dia. Aku pun ceritakan pada dia masalah aku, dia pun berkongsi kerisauan aku. Thank you, sayang.

Then kitorang pun pergi berbuka di Jaya Jusco, kat food court Aneka tuh. Kitorang order menu western. Punyalah ramai kat situ bila time nak berbuka. Well, picture-picture dibawah adalah antara picture yang sempat aku snap.

ini adalah menu yang aku pilih ( beef steak with mushroom sauce + air mineral )

ini adalah menu yang Su pilih ( chicken grilled with black pepper sauce + watermelon milk shake )

Since aku dah tak boleh mengambil makan manis lagi, so dialah pemanis yang aku perlukan dalam hidup ini. Thank you sayang for sharing my problems. Love you Suria Mohammad. - to be continue -

Puasa hari ke-24

Assalamualaikum. Apa kabar semua? Alhamdulillah, tinggal enam hari sahaja lagi kita akan berpuasa sebelum meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu hampir sebulan lamanya. Persoalannya, adakah kita benar-benar menang melawan hawa nafsu kita?. Well, hari ini rutin aku macam biasa. Kelas tak banyak dan banyak masa yang terluang. Jadi aku isikan masa yang terluang itu dengan menyakat Umie Hidayah ( rakan sepejabat ), bertadarus kat surau lelaki ( tinggal 2 juzuk lagi ) dan melayari internet untuk preparation kelas besok.

So itu saja untuk hari ini. Bye - to be continue -

Picture Majlis Berbuka di Putrajaya

Kepada sesiapa yang ingin melihat picture kami berbuka di kelab tasik putrajaya. Kalian boleh klik pada link berikut http://www.facebook.com/album.php?aid=102645&id=830299908&l=b6971f227b.

Ini adalah picture² yang aku ambil bersama-sama kekasih hatiku SURIA MOHAMMAD di Kelab Tasik Putrajaya. Actually, banyak lagi picture dia yang aku nak masukkan. Tapi inilah yang aku pilih. Cantikkan dia? Hehehehehe...i love her so much.

Puasa hari ke-23

Assalamualaikum. Hari ini aktiviti aku adalah membersihkan umah akak aku sempena nak menyambut Hari Raya nih. First of all, selepas sahur pagi tadi...aku layan movie "The Happening" lakonan Mark Wahlberg dan arahan M.Night Shyamalan. Agak interesting jugak cerita nih. Ianya menceritakan tentang apa yang akan berlaku jika Alam Sekitar mula bertindak atas kealpaan kita di bumi ini. Then, selepas aku tengok movie tuh...aku pun lelapkan mata jap dan tepat jam 9.30am , aku mulakan kerja pembersihan rumah akak aku nih. Semua kipas di rumah akak aku nih bersih aku kerjakan. Boleh terasalah angin dia kalau buka kelajuan rendah.

Setelah selesai kerja-kerja aku dan aku pun tak tahan dengan kegatalan badan yang teramat. Aku pergi membersihkan diri dan lalu melelapkan mata. Sedar-sedar jam menunjukkan jam 6.10pm. Aku pun bergegas untuk pergi ke Bazaar Ramadhan Stadium Paroi untuk membeli juadah berbuka. Hari nih aku berbuka sendirian, kerana akak aku sekeluarga berbuka dirumah abang iparnya. Aku hanya berbuka nasi ayam, air cincau dan air nestle bliss. Oklah nih daripada tak berbuka langsung.

Oh! By The Way, kalau nak tengok pic Majlis Berbuka Puasa di Kelab Tasik Putrajaya semalam. Tunggu akan keluaran post aku yang akan datang. Ok -to be continue-

Puasa hari ke-22

Assalamulaikum...nampak gayanya malam nih dah mula "malam tujuh likur". Lagi seminggu jer lagi nak raya nih. Tak sabar rasanya. Actually perasaan nak dekat raya nih yang best sebenarnya. Bila dah raya besok, takder ler sangat kemeriahannya. Well, hari nih aku kerja yang ditemani oleh kak yati, ng, raj, yang dan jugak nurul. Yang lain mana pergi korang tanya...dorang entitle untuk cuti hari sabtu untuk semster nih kerana credit hours dorang tinggi. So, lepas nih aku datang...semestinya aku akan lepak jer kat bilik server dengan man.

Hari nih bebudak Ex-Cosmo Seremban telah mengadakan majlis berbuka puasa kat Kelab Tasik Putrajaya. Ada lebih kurang 20 lebih participant kat majlis nih. Dari ex-Centre Manager hinggalah ke ex-Student yang hadir ke Majlis Berbuka ini. Terima kasih kepada mereka yang hadir ke majlis ini. Segala picture yang diambil akan diupload pada post aku yang akan datang. - to be continue -