Alhamdulillah....Puasa Ketiga

Assalamualaikum...aku agak dah malas nak citer menu apa dan apa yang aku buat untuk puasa Ketiga nih. Rasanya macam biasa jer rutin aku setiap hari...huhuhuhu...lagipun nanti korang baca, asyik bende yang sama jer aku cerita...huhuhuhuhu...betul tak?.

Well, hari nih aku tak banyak sangat aktiviti aku...pasal hari nih kerja kan. Kat office aku agak rasa bosan sikit, tak banyak kerja lagi...cuma hari nih baru aku dapat kertas marking untuk subjek Multimedia. Pendek kata, semua subjek tuh adalah kertas student² dari college ini sendiri dan daripada kelas yang aku sendiri ajar. Pada kebiasaannya, kertas yang marking nih datang dari college ( branch ) lain...tetapi aku dapat jugak kertas student² aku. Aku kena submit semua tuh sebelum 4hb September. Ada masa lagi tuh, so aku ambil kesempatan itu untuk keluar dari college sebentar dan pergi menguruskan hal² lain. Dalam masa aku keluar tuh, tetiba hujan turun selebat-lebatnya. So, terperangkaplah aku didalam hujan itu selama sejam...nasib baik ada abg ramzan...kalau tak bosan jugak aku.

Well, jam pun menunjukkan pukul 4.30pm, mmg time untuk baliklah nih. Buka puasa, mmg time balik dipercepatkan sejam bagi menyenangkan sesiapa yang sudah berkeluarga untuk membuat persediaan berbuka. So, seperti biasa...aku tak ler balik kul 4.30...aku lepak ngan abg ramzan sampai kul 5.30pm. Pasal ada staff yang tak balik lagi...so, nak dijadikan cerita. Selepas semua dah balik dan abg dah kunci college...tetiba sajer ada sorang staff nih terperangkap kat atas. Si librarian college, dia boleh bantai tido kat library tuh...dah tahu kul 4.30 dia dah boleh balik. Kebiasaannya kalau hari biasa, kalau balik kul 5.30pm...pukul 5.00pm dia dah terpacak kat bawah. Ini disebabkan dia bantai tido kat atas tuh...kul 5.45 terperangkaplah dia. Nasib baik abg ramzan tak balik lagi, then dia keluar nak marah² dengan muka sembap baru bangun tido...huk ala buruk poit. Dah malaslah nak citer...aku out dulu. -to be continue-

0 comments: