Alhamdullillah...Puasa Kelapan dan Sembilan

Assalamualaikum...apa kabar semua? dua hari nih tak banyak aktiviti yang aku lakukan. Ini kerana hujung minggu dan kita berada di bulan Ramadhan. So, aktiviti aku terbatas hanya dirumah sahaja. Hari Sabtu aku hanya duduk dirumah dan mengerjakan ibadah puasa seperti biasa. Cuma malamnya itu selepas terawih, 2 orang kawan ( boss dan ayen ) aku telah menelefon aku untuk mengajak aku keluar minum teh.Selesai berborak dan berlawak, kitorang sependapat untuk pergi ke Bazaar Ramadhan di Senawang. Actually di Seremban sahaja ada banyak lokasi Bazaar Ramadhan nih, antaranya di Ampangan, Senawang, Paroi Jaya sendiri ada dua lokasi ( iaitu di Stadium dan juga bekas tapak Kem Paroi ), di bandar Seremban ( di Terminal One ) dan Seremban 2. Tetapi antara bazaar2 berikut cuma Senawang, Ampangan dan Paroi Jaya sahaja yang buka sampai malam untuk menjual persiapan Hari Raya.


Beginilah suasana Bazaar Ramadhan ketika aku pergi arituh...tak berapa ramai orang.


Cuba teka siapakah gerangan orang yang berbaju merah di penjuru belah kiri gambar ini?...hehehehe..

Hari Ahad pula, akak aku dari KL dan juga abg aku dari Johor datang Seremban untuk berbuka sama. Punyalah banyak hidangan pada hari ini. Yang pastinya Ikan Pari Bakar kegemaran aku ada. Berseleralah aku makan tadi, lupa tentang diet...hahahahaha. Then selepas Terawih, ExStudent Cosmo ( group 5pokes ) telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hal berkaitan dengan majlis berbuka puasa. Kalau ketahui maklumat lanjut tentang apa yang telah dibincangkan....sila klik pada link berikut : http://www.facebook.com/home.php#/topic.php?uid=100369277090&topic=9212

Setelah habis berbincang, aku, Jazim dan juga Am telah pergi ke Senawang untuk berjumpa pula dengan Boss, Ayen dan Abu. Betapa menyesalnya aku untuk minum disana. Apa tak nyer, penuh sajer ngan Mat Rempit dan Minah Rempit. Al-Maklumlah, malam kemerdekaan...so malam tuh malam kemerdekaan doranglah. Dengan bunyi motor yang bising dan asap yang menyakitkan tekak dan hati...Merdekalah sangat. Bawak jer bendera ke hulu ke hilir...merdekakah tuh?. Semak kepala lah korang nih tahu tak!!!!.

Well besok sambutan merdeka, so bagi sesiapa yang baca blog aku nih...Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52.

RAKYAT DIDAHULUKAN,
PERCAPAIAN DIUTAMAKAN

Alhamdullillah...Puasa Ketujuh

Assalamualaikum, semua?...apa kabar?. Alhamdulillah, hari ini genaplah seminggu kita semua berpuasa. Hanya tinggal 3 mingg sahaja lagi untuk kita raikan Hari Raya Aidilfitri. Bagaimana persiapan? Aku sendiri setakat nih persiapan pun hanya ala kadar jer. Sambutan raya kali ini pun aku tak sambut semeriah dahulu. Kali ini aku sambut raya sebagai anak yatim piatu sahaja...sambut pun dengan adik beradik aku jer. As long as I've got them by my side...raya will be raya but not as meriah as dulu-dulu.

Hari ini hujan di belah pagi, memang agak berat untuk aku bangun pagi tadi. Tetapi aku kuatkan juga semangat untuk mencari rezeki. Dalam kekalutan aku nak pergi kerja tadi, aku terlupa nak bawak dompet. Sampai college tadi baru aku perasan pocket belakang seluar aku terasa ringan. Rupanya dompet aku tetinggal di dalam seluar jeans yang aku pakai semalam. So, hari ini aku keluar keje tanpa membawa sebarang document yang mengatakan aku nih rakyat Malaysia. Hahahahaha...padan muka aku.

Hari ini aku interview 2 orang lagi candidate untuk jawatan Multimedia Lecturer. Sepatutnya seorang sahaja, since candidate² sebelum ini seorang ( yang sudah di approve oleh Dato' ) tak jadi nak kerja dengan Cosmopoint nih dan sorang lagi tuh Dato' reject..so, terpaksalah aku interview 2 orang candidate baru. Seorang dari USM dan bekas pelajar Cosmopoint Muar dalam course Diploma in Multimedia...manakala seorang lagi pula ( rakan sekelas dan satu batch dengan candidate yang tak nak kerja dengan Cosmo tuh ) dari MMU. Aku rasa dua² candidate punya advantage masing². Kita tunggu dan lihat apa kata Dato' Idrus nanti.

Hari ini agak boring sedikit, ini kerana Tukang Kata ( Azza ) cuti awal. Dia nak berbuka dengan family kat kampung dan celebrate merdeka sekali ler tuh. Kalau tak dalam bilk lecturer nih suara dan lawak jer lah. At least tak ler boring sangat. Hahahahaha...ok, that's all for today - to be continue -

Management By Objective...Puasa Keenam

Assalamualaikum...apa kabar semua?. Bagi diri ini, aku sihat seperti biasa dan menjalani ibadah puasa seperti biasa. Hari ini aku ada beberapa pic yang aku nak tunjukkan tentang Management By Objective. Hari ini hari terakhir untuk sumbit planning MBO nih. Semalaman jugaklah aku mengkaji sistem nih...itu pun dengan bantuan Hafizah ( Fiza ) rakan sekerja aku. Pada mulanya memang agak sukar jugak nak fahami sistem nih, tetapi dengan bantuan dia ( yang terlebih dahulu mengkaji sistem ini dengan Ng ) alhamdulillah, semuanya selesai jugak.

ini azza yang menunjukkan sign tak bagus pada sistem MBO nih...menyusahkan laaaaaa

sebilangan lecturer yang sedang membuat MBO nih...yang selebihnya kat atas...tak cukup computer laaaa...

umie yang bingung nak membuat MBO nih...rileks kerjasama adalah penting

Jadi, itulah antara apa yang berlaku pagi ini. Memang merumitkan kerja kitalah kan. Apa nak buat layankan jer...kita tgk jer lah sama ada sistem nih akan memberi manfaat pada kita atau tidak. Ok, selepas ini masa untuk memberi markah pada kertas exam, then bila dah siap semua. Time to submit to Juliza Hartini. Till then...-to be continue-

Alhamdulillah....Puasa Kelima

Assalamualaikum...hari nih mmg sambungan semalam. Aku kena sambung marking paper exam yang aku buat kat umah semalam dan still tak abes2 lagi. Then dari pagi sampailah sekarang kul 2.30pm masih tak siap2 lagi. Tambahan plak ngan preasure nak kena submit MBO planning untuk bulan depan. Dah siap tuh, nak kena print lagi. Huh! macam hampeh betullah...aku nak tengok Sistem MBO nih function atau tak?. Katanya kalau nak naik pangkat dan juga kenaikan gaji, aku kena buat MBO nih. Buat Monthly Planning dan juga Daily Timesheet, kalau selepas 6 bulan hingga setahun still aku punya gaji still takder increment. Memang aku takkan buat Sistem Bodoh nih lagi.

Alhamdulillah....Puasa Keempat

Assalamualaikum...apa kabar semua?, hari ini aku agak tension sikitlah...hari ini aku attend training Management By Objective ( bukan MBO Cinema tuh ). Dah ler tenaga pengajar tuh plak ajar ntah apa² ntah...tak faham langsung, sampai dia kena repeat 2 kali. Aku tak tahu bagi lecturer yang lain...tapi aku rasa MBO nih macam memperlambatkan dan memperlambakkan keje² aku sebagai lecturer. Setiap hari nak kena spent a half to an hour just to fill in the report. Then by the end of the month plak, kena print suma kerja tuh dan simpan. Aaaaaaaargh! Mengajar kat sini tak macam dulu lah...dulu mengajar ngan aman dan happy jer bila nak datang tuh...tapi sekarang nih full of nonsense. Then besok nak kena siapkan planning for the entire next month. Tambahan plak ngan nak Marking Paper Exam lagi. Aku tengok paper tuh pun aku dah naik mual. Besok jer lah aku tanda.Aku nak buat planning pun aku tak faham lagi, satu lecturer room nih berbincang cara nak buat. Aaaaaaargh!..boringnya. -to be continue-

Alhamdulillah....Puasa Ketiga

Assalamualaikum...aku agak dah malas nak citer menu apa dan apa yang aku buat untuk puasa Ketiga nih. Rasanya macam biasa jer rutin aku setiap hari...huhuhuhu...lagipun nanti korang baca, asyik bende yang sama jer aku cerita...huhuhuhuhu...betul tak?.

Well, hari nih aku tak banyak sangat aktiviti aku...pasal hari nih kerja kan. Kat office aku agak rasa bosan sikit, tak banyak kerja lagi...cuma hari nih baru aku dapat kertas marking untuk subjek Multimedia. Pendek kata, semua subjek tuh adalah kertas student² dari college ini sendiri dan daripada kelas yang aku sendiri ajar. Pada kebiasaannya, kertas yang marking nih datang dari college ( branch ) lain...tetapi aku dapat jugak kertas student² aku. Aku kena submit semua tuh sebelum 4hb September. Ada masa lagi tuh, so aku ambil kesempatan itu untuk keluar dari college sebentar dan pergi menguruskan hal² lain. Dalam masa aku keluar tuh, tetiba hujan turun selebat-lebatnya. So, terperangkaplah aku didalam hujan itu selama sejam...nasib baik ada abg ramzan...kalau tak bosan jugak aku.

Well, jam pun menunjukkan pukul 4.30pm, mmg time untuk baliklah nih. Buka puasa, mmg time balik dipercepatkan sejam bagi menyenangkan sesiapa yang sudah berkeluarga untuk membuat persediaan berbuka. So, seperti biasa...aku tak ler balik kul 4.30...aku lepak ngan abg ramzan sampai kul 5.30pm. Pasal ada staff yang tak balik lagi...so, nak dijadikan cerita. Selepas semua dah balik dan abg dah kunci college...tetiba sajer ada sorang staff nih terperangkap kat atas. Si librarian college, dia boleh bantai tido kat library tuh...dah tahu kul 4.30 dia dah boleh balik. Kebiasaannya kalau hari biasa, kalau balik kul 5.30pm...pukul 5.00pm dia dah terpacak kat bawah. Ini disebabkan dia bantai tido kat atas tuh...kul 5.45 terperangkaplah dia. Nasib baik abg ramzan tak balik lagi, then dia keluar nak marah² dengan muka sembap baru bangun tido...huk ala buruk poit. Dah malaslah nak citer...aku out dulu. -to be continue-

Alhamdulillah....Puasa Kedua

Assalamualaikum...hari puasa kedua, semuanya berjalan ngan amat lancar. Sekali lagi aku berjaya melakukan amalan2 yang patut aku lakukan ketika berada di bulan Ramadhan ini. Semalam aku amat boring sikit pasal tak kemana-mana kan, tapi tak mengapa aku spent time aku yang terlebih tuh ngan mengadap TV. Tetapi lepas melodi jer...aku terus kepeningan kepala. Aku tak tahu kenapa, tapi memang berat kepala aku nih. Lalu aku lelapkanlah mata sekejap, sedar2 jer kul 6.30. Amboi! lama gila aku lelap...lelap ker membuta tuh.

Masuklah waktu berbuka, menu banyak seperti semalamnya. Aku pun makan tak banyak, amik sikit-sikit jer. Then lepas maghrib, aku sambung balik cuma kali nih banyak telan air jer. Selesai jer, aku ke masjid paroi. Isyak dan Terawih kat sana. Balik dari masjid, aku terus buat keje aku. Buat punya buat last sekali aku tgk jam sudah pukul 12.30am. Apa lagi beb...kasi tutup lampu dan tido lah. -to be continue-