Assalamualaikum...semalam aku pergi kerja kawen anak sepupu aku. Majlis tuh diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang...dekat sangat dengan kedai jual satay Kajang yang famous tuh. Majlisnya simple jer...hanya majlis resepsi jer. Aku pula ditemani oleh buah hatiku SU. Kitorang sampai ke majlis tersebut pun dah agak lewat. Dengan jam kat Seremban dan jugak Kajang tuh...kitorang sampai pun orang dah tak ramai. Maybe sebab buat kat dewan tuh ada time limitnya kot...dari pukul 12pm hingga 4pm jer. Kedatangan kami disambut oleh sepupuku Kak Idah dan suaminya Abg Jalil. Aku pun memperkenalkan mereka pada Su. Kendian aku jugak memperkenalkan Su pada semua sedara mara ku yang lain. By the time kitorang sampai, akak aku (kak intan) dah sampai dulu, so kitorang duduklah makan di table dia.
pergh! ada pintu gerbang lah sayang...jom amik gambar disitu..hahahahaha...ambik berkat dengan bergambar bersama pasangan pengantin..
After suma dah settle, aku masih menunggu kedatangan akak aku (kak na) dan suaminya (abg zali). Dorang datang agak lambat sikit, pasal abg zali pergi jumpa client so agak lambat jugaklah mereka. At last mereka sampai jugak dan tak ku sangka, si kecik kesayangan aku pun ikut sekali.
Then selepas pergi majlis kat Kajang, aku dan su pun pergi bersiar-siar ke KLCC. Nak dijadikan cerita, sampai area KL...hujan lebatlah plak. Kitorang tetap pergi jugak kesana. Kitorang berjalan dari hujung ke hujung Suria KLCC tuh dari bawah ke atas. Penat jugaklah, singgah kedai tuh kedai ini...beli tak jugak tapi seronok pasal pergi dengan orang yang aku sayang. Then kitorang pi beli aiskrim dan makan kat food court KLCC tuh. Tengok² hujan pun dah berhenti, so ada peluanglah kitorang nak bergambar kat luar tuh.
1 comments:
romantic nyerrrr kamoo berdua....moga lekas ke jinjang pelamin......amin ~ =)
Post a Comment