Showing posts with label MyLife. Show all posts
Showing posts with label MyLife. Show all posts

Puasa Kedua : Berbuka di Office

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat juga aku melaksanakan fardhu Ramadhan pada hari yang kedua ini. Seperti semalam pagiku bermula dengan agak slow dan bertambah momentum apa bila menuju ke arah tengahari dan petang. Hari ini aku ada kelas malam, so nampak gayanya berbuka di office lah aku. Kali ini aku bertemankan rakan sekerja seperti Kak Fiza, Umie dan Ng. Ini bukan kali pertama aku berbuka dengan Kak Fiza dan Umie, pasal tahun lepas pun kitorang berbuka bersama...kalau tak silap pada hari yang sama iaitu hari Khamis. Sebelum berbuka dan kelas tuh, sempatlah kitorang berempat membeli juadah berbuka di Terminal One, Seremban. Kali ini kami bertemankan Azza dan Zoora, pasal dorang pun nak beli juadah sebelum balik umah.

So, picture² nih adalah beberapa picture suasana dan gelagat rakanyang sempat aku rakam:



















Inilah dia suasana di Bazaar Ramadhan Terminal One Seremban. Boleh tahan jugak pengunjung bazaar nih, tapi kebanyakan mereka adalah pekerja² Terminal One sendiri, pekerja syarikat yang berhampiran dan jugak pekerja² yang nak balik umah menaiki bas. Juadah boleh dikatakan banyak, tapi tentang harga memang agak mahal sedikit dan ada juga yang tidak berpatutan. Mahal pun mahal lah, dek kerana takder tempat lain kitorang nak beli juadah...kitorang beli jugak.

Menu aku petang nih simple jer. Beli nasi ayam, nasi lemak singgit dan air kelapa. Nasi lemak dah habis dulu sebelum aku amik picture nih...(boleh nampak daun pisang jer lah). Ini pun dah bersyukur sangat aku.

Besok aku tak tahu plak apa menu aku, yang pastinya besok aku tak leh beli banyak² kerana nak berterawih dan bermain badminton dengan kawan-kawan. Till then, bye.

Puasa Pertama

Assalamualaikum...
Alhamdulillah terlaksana sudah hari pertama bulan Ramadhan. Harap² yang akan datang, aku berjaya menambahkan lagi pahala dengan melakukan amalan². Ya Allah, perkuatkanlah iman ku di bulan Ramadhan.

Hari pertama, memang badan aku perlukan adjustment yang drastic. So, pagi² hari pertama boleh dikatakan 90% of the time aku mengantuk dan menguap jer. Haduih! tak boleh jadi macam nih...hehehehe.

Actually there's nothing interesting on the first that of puasa nih...hehehehe. Cuma untuk bulan puasa nih, aku balik pukul 4.30pm. Tapi semalam aku balik pukul 6.00pm. Aku tak tahu nak buat apa kalau balik awal². Bazaar pun tak buka lagi kalau pergi awal².

Oklah, that's all for now. Till my next post...see ya later.

Makan Event in my college...

Last Friday 06/08/2010 (Pesta Makan Buah-Buahan)

Hari tuh, selepas solat Jumaat Kelab IT college aku telah mengadakan satu pesta makan buah-buahan tempatan. Antara buah-buahan yang terdapat adalah seperti Durian, Rambutan, Manggis dan Langsat. Tapi the main attraction pada pesta itu adalah buah durian dan juga rambutan.













Inilah durian yang menjadi tumpuan mereka² yang hadir pada pesta makan buah pada hari itu. Percaya atau tidak kesemua durian ini tidak habis dimakan mungkin kerana terlalu banyak sangat sehinggakan mereka² yang hadir kepanasan akibat makan buah ini. Credit to student² IT college. Tambahan pula dengan buah rambutan, langsat dan manggis. Pergh! banyak tuh...mana satu nak dulu pun aku tak pasti.

Aksi Staff dan Student :

try lagi kak fiza..chaiyok!anak batu kikir tunjuk handalinilah ratu durian CiCT Serembanini pun sama kuat jer










Inilah antara aksi staff yang sempat aku rakam, dari Kak Fiza cuba membuka durian sehinggalah mereka² yang suka makan durian. Kebanyakkan mereka berpuas hati dengan kuantiti dan kualiti durian yang di makan.

Atas Kiri : Kak Fiza sedaya upaya membuka buah durian...
Atas Tengah : Zoora tunjuk terer buka durian...
Atas Kanan : Kak Dot si Ratu Durian CiCT Seremban..
Kiri : Umie...boleh tahan jugak dia nih makan durian...



Monday 09/08/10 (Lunch Hour Sempena Menyambut Ramadhan)


Minggu lepas Academic Department telah mencadangkan akan mengadakan satu majlis makan tengahari berkonsepkan Potluck. Setiap lecturer hendaklah membawa makanan specialty mereka ke majlis tersebut. Aku cuma bawa telur dadar bercampur mayonis. Alhamdulillah ramai yang memuji masakan aku...hehehehe. So, berikut adalah antara menu yang terhidang....












Actually banyak lagi menu yang ada...tapi aku tak sempat nak rakam. Ini semua kerana perutku dah berbunyi...lapar poit!. So, aku capai pinggan dan senduk nasik lah. Kalau nak tengok gambar selebihnya you all boleh lawati blog Kak Dot dan Azza.

Atas Kiri : Telur Dadar with Mayonis...aku masak..hehehehe
Atas Tengah : Tom Yam Kak Dot...
Atas Kanan : Menu yang ada..
Kiri : Gulai Lemak Cili Padi Ayam...menu Kak Fiza..


My Weekends

Assalamualaikum...
Terengganu (Kerteh) - N.Sembilan (Bandar Springhill, PD) and back. Percaya atau tidak perjalanan aku, su dan adiknya marwan...mengambil masa lebih kurang 3jam setengah sahaja. Benar kawan-kawan, itulah yang berlaku. Sepertimana aku pergi, begitu jugaklah aku balik...3jam setengah. Perjalanan malam melalui laluan seremban - kuala pilah - serting - keratong - muadzam - chini - paloh hinai - gambang - highway pantai timur - cherating - kemaman - kemasik - kerteh sememang digunakan oleh adik marwan bawa 100 - 150 km/j. Aku sebagai passenger (cum co-driver) kecut perut dibuatnya. Alhamdulillah brek Persona mak dia tuh baik conditionnyer...kalau tak, haduih!.

First time aku pergi kenduri kawin di Terengganu (Taman Islam, Kemaman), khemah tempat makan diasingkan kepada Muslimin dan Muslimah. Aku agak kekok jugak, nasib baik adik marwan dan abg johan ader...takderlah aku keseorangan kat khemah Muslimin tuh. Jauh di belakang kepala otak aku nih bertanya, adakah memang semua kenduri di Terengganu sebegitu atau itu memang cara orang di Taman Islam macam tuh?.

Balik dari majlis kawin, aku merayau sekitar Central Point atau Center Point, Kemaman. Dah puas jalan kat situ, kitorang pergi pula ke Mesra Mall, Kemasik. Ini bukan kali pertama aku ke sana, tempatnya memang best...ada Famous Amos, Big Apple Donuts, Starbucks, Secret Recipe, Burger King dan lain-lain. Lepas penat berjalan kitorang makan kat McDonald, Kerteh. Do not underestimated Kerteh dan Kemasik...ok?. Tempatnya maybe kecik, tapi disitulah tempatnya pekerja-pekerja PETRONAS berkumpul dan beramah mesra dengan family dan juga kawan-kawan.

Jam menunjukkan jam 7.00 lebih, proses mencari keropok goreng dan juga keropok lekor. Sebelum pergi lagi, aku telah menerima tempahan dari peminat-peminat keropok lekor di office. Destinasi pertama, pasar malam PAKA (PAKE sebutannya) cuma ada keropok goreng sahaja. Su dan Marwan belikan untuk staff-staff showroom mereka. Aku kurang berminat sikit dan lagipun tiada tempahan. Selepas bertanyakan adik beradik sepupu Su...akhirnya kitorang pun bertolak balik dan on the way balik tuh...mereka suggest ada sebuah kedai bernama Keropok Lekor Cap Kapal Layar Hajah Rokiah di Kemaman. Berhampiran dengan pintu gerbang Kemaman - Cherating. Mereka suggest kedai ini kerana Keropok Lekornya sedap. Itu diakui oleh diriku sendiri kerana ini bukan kali pertama aku pergi ke kedai itu. Tempahan-tempahan yang aku terima juga inginkan aku membelinya disitu. Pada mulanya aku agak takut kerana aku khuatiri kedai ini sudah tutup...tapi alhamdulillah, kedai itu masih buka lagi...(jam pun dah pukul berapa plak time tuh). So, Umie, Yang dan Dayah...keropok lekor yang korang tempah telah aku berikan secara fresh dari "Ghanu Kita" tanpa menyimpannya terlebih dahulu di peti sejuk. Bon Appetite!

Kepada penduduk Pahang atau Terengganu? Apakah nama highway yang menemukan Plaza Tol Jabor di Lebuhraya Pantai Timur dengan Jalan Cherating?

Ahad sekembalinya dari Terengganu.
Hari ini aku habiskan masa dengan menonton wayang citer SALT. Citer penuh dengan aksi, cuma jalan ceritalah aku kurang senang dan sakit hati sikit. Kalau korang tengok baru korang akan faham. Lakonan Angelina Jolie as usual tapi memang nampak aksi lasak semuanya dia cuba buat sendiri.
Lepas jer tengok wayang, aku terus pergi main badminton. Aku ingatkan ramai, setibanya aku disitu aku cuma di temani Azir. Yang lain semuanya ada hal masing-masing. Selepas satu jam aku main, En.Amat pun datang. Kira dia datang tuh pun nasib baik aku dan Azir tak balik lagi. Kitorang pun mainlah single. Macam nak tercabut kaki aku mengejar shuttle. Tapi overall, aku rasa sedap bila keluar peluh. Credit to Azir dan En.Amat.

Aku cuma agak kecewa sikitlah dengan kawan-kawan yang awal-awal dulu kata nak main badminton, tapi sekarang batang hidung nak nampak pun susah kat court setiap minggu. Dulu citer berkobar-kobar, sekarang apa dah jadi? Entahlah, as along as you all happy...it's fine by me.

On the way balik umah, aku teringat aku kena bawa something for tomorrow's lunch. Aku pun singgah ke kedai dan beli sekotak telur (10biji) dan mayonis untuk buat telur dadar. Bila sampai umah, pewot pun lapar...aku goreng nasi, then masak telur dadar campur dengan mayonis. Pergh! bagi aku bestlah...pasal aku yang masak. Nak tahu sedap atau tidak, besoklah menentuan nyer.

That's all about my weekend.

Jadi Mat Despatch sekejap...

Assalamualaikum...

Pagi:
Aku dah macam budak despatch plak. Pagi² aku dah kena pergi 3 tempat yang berlainan. First, sampai kolej aku dah kena bungkus package untuk anak buah aku kat Kuala Nerang. Then pi Post Office (Seremban Utara) untuk hantar package tuh guna Poslaju. Lepas aku hantar package tuh, aku ke Senawang plak ( Percetakan Cahaya Murni) untuk ambil buku invoice company kawan aku yang ditempah kat sana. Alhamdulillah, cantik jugak design aku setelah siap jadi buku invoice...hehehehe...dan kawan aku pun berpuas hati. Then after that, aku ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tukar ubat anak buah aku. Tiba sana, ahli farmasi kata ubat yang diberi oleh semuanya stock capsule dan takder yang jenis tablet. So, nak atau tidak...aku call akak aku kat umah dan bgtau dia. Then dia decide, ubat tuh nanti dia beli kat luar jer. Haduih! takperlah...

Petang:
Aku cuba menyiapkan montage baru untuk Kolej, tapi malangnya...aku masih perlukan beberapa klip lagi untuk melengkapkan montage itu. Then i have to find a way to render it, because everytime i wanted to render it...a warning pop up says something not enough to do with something called image buffering. Well tomorrow i will ask my good and best friend Man Pilah to looked at it...at the mean time, i'll try asking my friend Fadhlul Ain regarding this matter. Hopefully they could figure things out, what i have to do to fix things.

Malam:
Tak banyak yang aku nak katakan, cuma aku nak siapkan design untuk member aku. Kalau siap malam nih, besok aku dah boleh bagi dia. Then pandai2lah ko print yer. Oklah, till the next post...Assalamualaikum.

Long Awaited Come Back.

Assalamualaikum, Setelah sekian lama (dah hampit tujuh bulan) aku tak menulis blog...hari ini tanggal 1hb Ogos 2010, aku kemabli menulis blog. Well banyak citer yang nak aku tulis, maybe we can let it just slide and focus on the up coming things.

Hari ini abg2 aku dari Kluang, dorang sampai semalam tapias usual...dorang datang kejap jer...lepas lunch tadi dorang dah balik semula. Aku plak lepas dorang balik, aku ingat nak update blog...tapi macam tak sempat pasal aku nak main badminton.

Badminton merupakan hobi aku yang terkini, aku telah mengikuti hobi ini selepas kolej aku anjurkan pertandingan badminton. Maknanya sebelum Chong Wei menang All England dan sebelum Malaysia kalah Piala Thomas. One of the reason aku minat main badminton nih, pasal ramai kawan-kawan aku yang duk lepak kat benteng dulu dan geng 5spokes pun minat bermain badminton. For example, ayen, pairzal, rizal, fatah, azir, raja, amly, amat dan beberapa orang lagi. At the same dapat jugaklah aku berkenalan dengan kawan-kawan baru.

Hari nih aku main macam tak bermaya...kaki aku macam berat nak gerak macam biasa. Aku tak tahu kenapa, maybe humidity bermain petang dengan malam nih lain. Maybe betul kata rizal, aku berat pasal banyak minum air. Maybe that's the reason...i'm sure of it.

Aku tak sabar nak pergi Kajang lagi, aku nak beli racket badminton RSL yang aku minat. Aku agak kecewa dengan performance racket aku yang baru ditukar talinya dengan tali Yonex BG66. Racket dan tali baru ini bagus, cuma yang membuatkan aku kecewa adalah tarikan tension tali yang dibuat oleh kedai THONG TAT HANG (bodoh punya pemilik kedai...ko dengan anak ko sama jer). Aku suruh tarik tension 27...dia pi tarik bawah dari tuh. Tali tuh boleh bergerak-gerak plak lepas tarik dan bila smash...aku perlu menggunakan sepenuh tenaga. Itu yang buatkan bahu aku sakit2...tapi shuttle bukan pergi pun.

Oklah, aku pun dah banyak cerita nih...wait until next post.

Adnan Sempit


Citer sememangnya funny tak ingat. Aku pergi dengan Su dan 14 orang kawan aku pada khamis yang lepas. Since hari tuh adalah hari keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Jalan cerita, pelakon dan aksinya semuanya sememangnya lucu tak ingat.

Happy New Year Everybody....2010

Assalamualaikum...
Hari pertama pada tahun yang baru, aku dan Su telah menghabiskan masa di KL especially di area Times Square dan Low Yat Plaza. Tujuan kami kesana adalah untuk menghantar kereta kepada klien Su. Actually kawan Su yang beli keta Saga dari syarikat ayah Su. Then since kitorang nak ke KL, kitorang hantarlah sekali. Sementara nak tunggu kawan Su tuh, kitorang pun jalan-jalanlah kat Times Square dan makan lunch kat Subway. Inilah menu yang menjadi pilihan kami.

turkey breast (menu Su)

turkey breast and turkey ham (menu aku)

Then selepas lunch, kitorang jumpa kawan Su si GG. Dia punya belek keta tuh, agak lamalah jugak. Then kitorang bertiga pegi Low Yat, untuk survey harga telefon baru. Kesempatan itu jugak aku membelanjakan rm300 untuk membeli external hardisk 500Gb. Niat dihati nak beli 2Tb, tapi duit tidak mencukupi. Selepas survey, kitorang pun balik dengan menaiki bas KL-Seremban Suasana Edaran.

Hari kedua, aku agak bosan sebenarnya. Pada awalnya aku ingat nak keluar dengan kengkawan atau dengan Su, tapi kengkawan dan Su masing-masing ada planning tersendiri. Jadi aku pun spent time aku hari tuh dengan tengok movie yang aku download. Movie tuh adalah Sherlock Holmes dan Old Dogs. Bermula dengan Sherlock Holmes, agak panjang jugak movie tuh. Tapi interesting jalan movie tuh tak lupa juga dengan video effect movie itu. Then beralih pula dengan movie Old Dogs, citer nih tak keluar lagi...tapi dapat jugak aku download. Tapi biasalah, hasil tangkapan video camera...sound pun kurang jelas. Movie nih memang funny, macam mana korang tengok movie Wild Hogs...macam itulah funny dia movie nih. But even more funnier.

sherlock holmes

old dogs

The third day, i spent all of my time cleaning my house, do some laundry, ironing my shirts and went shopping for some groceries. After all said and done, aku habiskan masa tengok Astro HBO dan Star Movies. All because they show the latest movies from past year. That about it, how i started my new year 2010.

bubbye 2009 and helloooo 2010...

Assalamualaikum...
Hari ini merupakan hari terakhir dalam kalendar 2009 dan besok pulak adalah hari pertama dalam kalendar 2010. So, bermulalah lebaran baru dalam hidup kita. Jadi bagaimanakah azam 2009, adakah ianya sudah tercapai? Bagi aku sendiri, setakat nih azam aku hampir tercapai dan kalau tiada masalah...tahun 2010 akan tercapailah ia...insyaALLAH. Maka dengan ini tahun baru ini, aku akan bekerja keras demi untuk mencapai impian aku yang kedua...InsyaALLAH.

Well, aku ini di ofis agak suram sedikit. Kebanyakkan staf semuanya menghabiskan cuti tahunan mereka yang banyak tuh. So, yang tinggal hanya beberapa orang sahaja. Tapi kesuraman itu telah digantikan dengan suasana ceria apabila 10 orang staf yang ada nih pergi lunch bersama-sama di Restoran Ar-Raudhah. Hilang juga kesuraman itu.

Apa plan New Year's Eve? Mostly, ramai mempunyai plan untuk new year's eve nih. Ada yang pergi ke KL untuk pergi concert, pertunjukkan bunga api, makan besar dengan family (family gathering), bercuti ke tempat peranginan dan dating. So, what's my big plan for new year's eve? NOTHING...i'm just going to sit back and relax at home and watch some HBO or STAR MOVIES at ASTRO. But tomorrow, i'm going to spend my time with my ever lovely lover SURIA.

I'm taking this opportunity to wish all my blog readers...HAPPY NEW YEAR 2010...may this new year brings you more joyful days and fortune. Assalamualaikum.

Seminggu lagi...

Assalamualaikum...
Pergh tinggal seminggu lagi aku akan menjalani operation. Perasaan cuak sudah mula menyelubungi aku. Al-Maklumlah, tak pernah buat operation. Aku tak kisah nak operate, aku cuma takut bila aku operate tuh...aku dalam keadaan terjaga. Aku harap sangat, time operate tuh aku tak sedarkan diri. Aku memang tak berani tang tuh.

Well, perasaan tuh telah aku cover dengar berita yang agak mengembirakan. Aku agak happy jugak kerana loan kereta aku tak lama lagi akan di"proceed" tak lama lagi. Pergh! Harap² loan aku approvelah. Tak sabar nak pakai kereta...hehehehe...kalau dapat nih, tercapai sudah salah satu impianku. Tinggal 2 lagi impian yang nak aku cuba dapatkan.

Dalam ketakutan dan kegembiraan aku hari nih, terselit pula perasaan geram pada student² aku nih. Penat aku arrangekan sebuah bengkel fotografi sabtu nih, demi membantu mereka. Boleh kebanyakkan mereka tak nak terlibat dalam bengkel tuh. Apa punya pendek fikiran korang nih hah? Aku dengan niat nak menolong korang improvekan skill, ini tidak memasing dengan perangai swanky attitude, snobbish ignorant, childish, selfish and idiocy yang melampau tuh korang tak endah jer dengan affort yang telah aku bagi. Lepas nih lantak koranglah, jangan salahkan aku kalau korang tak berkembang dalam Dunia Designing.

Jaga Exam...

Assalamualaikum...
Hari nih aku kena jaga exam. Bukan setakat hari nih jer, tapi semalam dan besok juga aku kena jaga exam. Macam biasalah kalau jaga exam bebudak nih, aku kena "cargas". Mata mesti tajam untuk menangkap mereka² yang tajam akal nak meniru. Semalam aku ber"partner" dengan Adlina, aku tidak berjaya menangkap mereka yang meniru (dalam erti kata lain...takder yang meniru)...bagus betul bebudak nih. Hari nih aku ber"partner" plak dengan Kak Dot...still sama juga, tiada sorang pun yang meniru. Besok last day of exam, siapa yang berani meniru tuh...bersedia kamu. I have my eyes on YOU.

alahai ketatnya muka bebudak nih menjawab exam...kesian plak aku...tapi nak buat macam mana, korang yang belajar...korang jawablah...

Tapi itu cerita pasal exam. Aku tengah blur, aku tak tahu nak buat apa lepas exam nih. Tak tahu nak kemana?. Bosan tak hingat, nak tengok wayang citer apa yang best ek?. Aku bosan wayang kat Seremban nih pasal dorang tayang citer² bangang. Itu yang aku fed up tuh. Nak pi umah buah hatilah, ajak dia keluar ker?. Itupun kalau dia takder plan kemana-mana dengan family dia.

Tunggulah aku keluarkan PESONA nanti...baru aku boleh bawak dia jalan² jauh sikit. Huhuhuhu...lupa nak mention, aku sekarang dalam planning nak angkat kereta Proton PESONA MLine Auto berwarna Tranquility Black. Compare to MyVI, PESONA is cheaper and more reliable. Al-Maklumlah, nak pakai lama sampai beranak pinak nanti. Hehehehe...well, that's my opinion. Everyone have their own opinion, since i can't afford my first choice car...then i would have to settle with my second choice and that is Proton PESONA MLine Auto with Tranquility Black color. That's all for today, till my next post...have a good weekend. Assalamualaikum.


A Day with My Sayang in Kajang and Kuala Lumpur

Assalamualaikum...semalam aku pergi kerja kawen anak sepupu aku. Majlis tuh diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang...dekat sangat dengan kedai jual satay Kajang yang famous tuh. Majlisnya simple jer...hanya majlis resepsi jer. Aku pula ditemani oleh buah hatiku SU. Kitorang sampai ke majlis tersebut pun dah agak lewat. Dengan jam kat Seremban dan jugak Kajang tuh...kitorang sampai pun orang dah tak ramai. Maybe sebab buat kat dewan tuh ada time limitnya kot...dari pukul 12pm hingga 4pm jer. Kedatangan kami disambut oleh sepupuku Kak Idah dan suaminya Abg Jalil. Aku pun memperkenalkan mereka pada Su. Kendian aku jugak memperkenalkan Su pada semua sedara mara ku yang lain. By the time kitorang sampai, akak aku (kak intan) dah sampai dulu, so kitorang duduklah makan di table dia.

inilah sepupuku kak idah (kiri) dan suaminya abg jalil (kanan)...sporting tak hingat dorang nih...dalam sibuk² melayan dan menyambut tetamu...sempat lagi posing untuk aku (bunga tuh aku yang suruh dorang pegang)...hahahaha...

Inilah plak anak bujang mereka si zahid (anak yang sulung) dan mizi (anak yang bongsu)

dan ini pula pasangan pengantin...the main character of the story...the star of the event...the sugar of the cake....HUH!?...farhana (anak sepupuku) dan pasangannya si fazli...

Semoga pasangan pengantin berbahagia selalu hingga ke anak cucu.

huhuhuhuhu...kesempatan di majlis nih, aku ambillah picture sayangku dengan akak ku bersama...tak ker comel mereka berdua nih...so sweeet!


pergh! ada pintu gerbang lah sayang...jom amik gambar disitu..hahahahaha...ambik berkat dengan bergambar bersama pasangan pengantin..

isn't she cute...so adorable

akak aku bergambar dengan mak andam...tapi muka mak andam nih macam fimiliarlah...dekat mana aku pernah nampak muka dia nih ek?...su pun cakap macam tuh...if anyone can help me...

After suma dah settle, aku masih menunggu kedatangan akak aku (kak na) dan suaminya (abg zali). Dorang datang agak lambat sikit, pasal abg zali pergi jumpa client so agak lambat jugaklah mereka. At last mereka sampai jugak dan tak ku sangka, si kecik kesayangan aku pun ikut sekali.

look at her in pink baju kurung and her pearl necklace...isn't she so lovely...ini muka baru lepas bangun tido nih...itu yang tak senyum dan tak pandang camera...lagipun dia malu ramai orang tengok dia...hehehe...

Then selepas pergi majlis kat Kajang, aku dan su pun pergi bersiar-siar ke KLCC. Nak dijadikan cerita, sampai area KL...hujan lebatlah plak. Kitorang tetap pergi jugak kesana. Kitorang berjalan dari hujung ke hujung Suria KLCC tuh dari bawah ke atas. Penat jugaklah, singgah kedai tuh kedai ini...beli tak jugak tapi seronok pasal pergi dengan orang yang aku sayang. Then kitorang pi beli aiskrim dan makan kat food court KLCC tuh. Tengok² hujan pun dah berhenti, so ada peluanglah kitorang nak bergambar kat luar tuh.

begitulah aktiviti kami berdua di KLCC. So, kami pun balik dalam pukul 7.15pm. dan sampai ke rumah Su dalam pukul 8.15pm. That's conclude my day with my sayang in Kajang and Kuala Lumpur. Till we meet again in my next post. See ya Later. Assalamualaikum.

Sekali lagi...

Assalamualaikum....have you ever get the feeling, whatever you do...it just wouldn't satisfy the needs of others? Because that is what i feel right now. Aku tak boleh nak buat decision yang betul kerana decision yang aku buat tuh tak memuaskan hati segelintir pihak. Bila aku buat decision sekali lagi, ada pula pihak lain tak berpuas hati. Apa yang aku minta tak banyak, aku hanya minta support. Tapi apa yang aku dapat hanyalah leteran dan syarahan panjang mengatakan
  1. Aku tak punya orang yang akan bantu aku bila aku susah nanti...
  2. Dia pernah melalui semua tuh...
  3. Aku tak mampu...
  4. Aku tak berfikiran panjang dan tak fikir masa depan...
Apakah? Aku tak nak dengar semua tuh. Aku nak mereka bantu aku memuaskan hati mereka dan yang penting hati aku jugak. Aku mahu buat satu decision yang dimana satu hari nanti...aku bangga membuat decision itu kerana aku buat dengan support dari mereka.

All i need from them is to support me and the decision that i'm trying to make. Is it hard for them to just accept my decision.

Manhattan Fish Market...

Assalamualaikum...sepertimana title diatas, aku dan Su telah pergi ke Jaya Jusco pada hari Selasa yang lepas. Sajer nak dating kat sana ( actually aku tak tahu lagi nak pergi mana kat Seremban nih ) so, aku dan su lalulah kat depan restoran MANHATTAN FISH MARKET nih pasal aku tengok tak ramai orang. Jadinya aku pun orderlah, aku tengok menu restoran nih lebih kepada makan seafood. Udang, ketam, sotong, tiram dan ikan adalah antara hidangan utama restoran nih ( kalau korang nak makan ayam goreng atau burger, minta maaflah kat restorang nih tak jual semua tuh ). Pada mulanya aku agak takut jugak, takut tak sedap. Tetapi bila sampai jer kat meja makan aku dan su, betapa hebatnya menu dia.

Flaming Platter for One

my sayang with her Flamming Platter and Cappucino

Inilah menu aku dan Su pada hari tuh. Pergh! memang sedap weh!. Sekali -sekala bila korang ada duit you should try this place out. It's relaxing and you will feel that you are eating in a boat because of the decoration of the place. The best thing is, the chef is very² cute tooo.

isn't she cute...

hahahaha...i'm just kidding. This is my niece Aliya dress in her older sister chef apron and chef hat. Ok that's all for today. Till we meet again.

Assalamualaikum...

Assalamualaikum, setelah sekian lama aku tak update blog...hari nih aku terasa nak sangat update. Bukan apa beb, aku tengah BENGGANG. Salah hikmat aku boleh meletup, kepala pun dah mula sakit nih...akibat terlalu benggang sangat. Aku tak tahulah apa yang "mereka" jaki sangat dengan aku. Salahkah aku, jika aku mahukan sesuatu yang aku mahukan selama nih?. Aku punyalah minat akan benda tuh dari aku belajar dulu lagi. Bila aku dah bekerja dan berkemampuan nak beli benda tuh...kenapa "mereka" halang dan cadangkan pada aku supaya beli benda lain. Apa punya dengkilah...sekarang baru aku faham perasaan si "R". "Mereka" tak boleh nak support ker apa yang aku dan "R" hajati selama nih?. All we asking for from "mereka" is for their support...not to condemn us with all the bullshit about "their no more fucking lifeline for us". Aku punyalah menyimpan hasrat nak beli benda tuh. Tetiba bila aku nyatakan hasrat aku, what "mereka" do is giving me all the bullshit about how their been through all the problems before...fuck! then how am i supposed to learn about life if "mereka" keep on covering me and "R" from the very begining. Why don't let us learn from our on mistake?. I hope someday, myself and "R" will prove to them...we can stand for ourselves. Damn! i hate this sitiation.