Showing posts with label MyWork. Show all posts
Showing posts with label MyWork. Show all posts

Putrajaya International Convention Center

Assalamualaikum...
Last tuesday the whole academic department of Cosmopoint Seremban went to PICC for Minister of Higher Education Mandate of 2010. Aku tunggu kat kolej as planned at 6.45am. At that time, bas sewa pun dah sampai. Tapi mereka yang lain tak sampai lagi. APA NIH?. Semalam kata kena ada kat kolej sebelum kul 7.00am, ini dengan principal pun datang lambat. Damn! lain kali aku malaslah pergi event macam nih.

Bas bertolak kul 7.45am dan sampai di PICC dalam kul 8.30am. Punyalah ramai orang kat sana. Perot dah berbunyi nih, tapi aku tahan jer. Then aku pun masuk hall, tempatnya plak kat tingkat 3 bangunan PICC tuh. Kena naik 3 escalator panjang beb.

nampak nih..dari brother yang berbaju purple hinggalah ke hujung sana tuh...itulah staff academic dan admission Cosmopoint Seremban.

Then masuk jer hall, pergh punyalah sejuk dan ramai orang kat dalam tuh. Nasib baik menteri tak masuk lagi. Then tak sampai 5 minit, menteri Mohammed Khaled Nordin pun masuk. Majlis pun bermula dengan nyanyian Negaraku, 2 lagu yang aku sendiri tak pernah dengar dan doa. Kendian Dato' Khaled pun memberi mandat dia pada tahun ini, diikuti dengan tayangan video korporat, pelancaran Liga Bola Sepak IPT Piala YB Menteri Pengajian Tinggi dan My3S (Malaysia Soft Skills Scale).

punyalah ramai orang kat dalam tuh mendengar mandat Dato' Khaled Nordin...

Setelah selesainya semua, jamuan pun diadakan. Pergh! perut dari pagi tadi tak berisi...this is a nice chance. Sampai jer kat dewan makan tuh, bukan main terperanjatnya aku...menunya hanya mee goreng dan kuih muih biasa sajer. Sahlah orang keje GOMEN, mentang2 waktu dorang minum pagi...itu yang dorang hidangkan kitorang tetamu. Kalau nak kuih dan mee goreng, better aku makan kat kedai babu jer.

Moral of the story...next time that i being ask to go to some kind of event like this...i would decline it for sure.

Seminggu lagi...

Assalamualaikum...
Pergh tinggal seminggu lagi aku akan menjalani operation. Perasaan cuak sudah mula menyelubungi aku. Al-Maklumlah, tak pernah buat operation. Aku tak kisah nak operate, aku cuma takut bila aku operate tuh...aku dalam keadaan terjaga. Aku harap sangat, time operate tuh aku tak sedarkan diri. Aku memang tak berani tang tuh.

Well, perasaan tuh telah aku cover dengar berita yang agak mengembirakan. Aku agak happy jugak kerana loan kereta aku tak lama lagi akan di"proceed" tak lama lagi. Pergh! Harap² loan aku approvelah. Tak sabar nak pakai kereta...hehehehe...kalau dapat nih, tercapai sudah salah satu impianku. Tinggal 2 lagi impian yang nak aku cuba dapatkan.

Dalam ketakutan dan kegembiraan aku hari nih, terselit pula perasaan geram pada student² aku nih. Penat aku arrangekan sebuah bengkel fotografi sabtu nih, demi membantu mereka. Boleh kebanyakkan mereka tak nak terlibat dalam bengkel tuh. Apa punya pendek fikiran korang nih hah? Aku dengan niat nak menolong korang improvekan skill, ini tidak memasing dengan perangai swanky attitude, snobbish ignorant, childish, selfish and idiocy yang melampau tuh korang tak endah jer dengan affort yang telah aku bagi. Lepas nih lantak koranglah, jangan salahkan aku kalau korang tak berkembang dalam Dunia Designing.

Semalam yang boring....

Assalamualaikum....
Seperti yang aku jangkakan semalam, selepas jaga exam aku tak tahu nak buat apa. Aku kekeringan idea dan merayau jer kat Seremban nih jer. Aku mulakan langkah aku dengan niat nak tengok movie kat
MBO Cinema kat Terminal 2. Tiba sajer kat sana, aku dalam keadaan basah sedikit akibat hujan renyai². Then bila aku tiba dihadapan MBO, aku ternganga..kerana movie yang ditayangkan tuh tak begitu menarik minat aku. Haduih!...leceh plak ai. Then aku lepaklah kat Terminal 2 tuh sampai aku dah betul² buntu. Then aku mengorak langkah pergi ke Jaya Jusco Seremban 2. Masuk² jer aku ke JJ tuh, punyalah ramai manusia. Especially si Ladies dan secara tak langsung aku teringat lagu si Rossa "Hey! Ladies". Dari yang kecik hinggalah ke yang tua...semuanya keluar shopping.

Oklah! Aku pun mengorak langkah pergi
TGV Cinema dengan harapan yang tinggi ada ler movie yang aku interested. Damn! kecewa lagi aku. Movie yang ditayangkan lagi boring dari movie di MBO Cinema. Memang SUCK gila panggung wayang kat Seremban nih. Nak pergi GSC Cinema kat Terminal 1 tuh, for sure bebudak sekolah yang baru nak naik RAMAI gila. Semaklah dorang nih, sekarang baru aku tahu macam mana abang² aku rasa bila mereka ditempat aku satu ketika dulu. Semak weh! dengan dressing code, hairstyle dan attitude dorang sekarang nih...memang semak. So, aku decide untuk lepak² kat JJ tuh jer. Tempat yang aku tuju adalah FOS, MPH dan Speedy Video. Kat Speedy Videolah aku paling lama...dari movie ke drama bersiri, dari citer melayu ke citer jepun, dari citer action ke kartun ultraman dan dari kaset hingga ke CD Audio semuanya aku survey.

Since aku bosan, aku pun melayan
sms dengan yang tersayang. Sambil berjalan, sambil aku ber"sms". Kira terasalah juga kehadiran dia disisi, walaupun takder. Dah penat aku berjalan, aku pun singgah kat kedai makan. Minum teh ais dan makan mee goreng. Then teringat plak malam tuh ada Perlawanan Akhir Piala Malaysia. Negeri Sembilan vs Kelantan dimana keputusan memihak kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 3 -1 mengalahkan Kelantan. Kendian dah selesai semua, aku pun balik ke rumah. Hari nih aku kena jaga exam lagi ber"partnerkan" Umi Hidayah. So untill next time. See ya later...Assalamualaikum.

Jaga Exam...

Assalamualaikum...
Hari nih aku kena jaga exam. Bukan setakat hari nih jer, tapi semalam dan besok juga aku kena jaga exam. Macam biasalah kalau jaga exam bebudak nih, aku kena "cargas". Mata mesti tajam untuk menangkap mereka² yang tajam akal nak meniru. Semalam aku ber"partner" dengan Adlina, aku tidak berjaya menangkap mereka yang meniru (dalam erti kata lain...takder yang meniru)...bagus betul bebudak nih. Hari nih aku ber"partner" plak dengan Kak Dot...still sama juga, tiada sorang pun yang meniru. Besok last day of exam, siapa yang berani meniru tuh...bersedia kamu. I have my eyes on YOU.

alahai ketatnya muka bebudak nih menjawab exam...kesian plak aku...tapi nak buat macam mana, korang yang belajar...korang jawablah...

Tapi itu cerita pasal exam. Aku tengah blur, aku tak tahu nak buat apa lepas exam nih. Tak tahu nak kemana?. Bosan tak hingat, nak tengok wayang citer apa yang best ek?. Aku bosan wayang kat Seremban nih pasal dorang tayang citer² bangang. Itu yang aku fed up tuh. Nak pi umah buah hatilah, ajak dia keluar ker?. Itupun kalau dia takder plan kemana-mana dengan family dia.

Tunggulah aku keluarkan PESONA nanti...baru aku boleh bawak dia jalan² jauh sikit. Huhuhuhu...lupa nak mention, aku sekarang dalam planning nak angkat kereta Proton PESONA MLine Auto berwarna Tranquility Black. Compare to MyVI, PESONA is cheaper and more reliable. Al-Maklumlah, nak pakai lama sampai beranak pinak nanti. Hehehehe...well, that's my opinion. Everyone have their own opinion, since i can't afford my first choice car...then i would have to settle with my second choice and that is Proton PESONA MLine Auto with Tranquility Black color. That's all for today, till my next post...have a good weekend. Assalamualaikum.


the funniest day to date....

Assalamualaikum...
Semalam aku telah adakan satu meeting dengan student² Grafik Kolej aku. Dalam meeting tuh, pelbagailah yang diperbincangkan. Mainly, semua berkaitan dengan yuran dan aktiviti yang akan dijalankan dalam jangka masa setahun nih. Isu hangat yang betul² menarik minat aku ada isu YURAN. Ada certain student mencadangkan RM3 sebulan dan ada juga yang mencadangkan RM2. Memandangkan mereka bercadang untuk mengadakan pelbagai aktiviti...aku secara tetiba hangin dengan cadangan mereka. So, lets do some math...

RM 2 X 60 orang student = RM 120
RM 120 X 12 bulan = RM 1440

Expenses (estimation)
Buat bengkel (photography) = RM 850
Trip = RM 700 (sewa bas, dll)
Buat bengkel (Photshop) = RM 850
Final Project Preparation = RM 800
Total = RM 3200

So, disini korang sendiri boleh nampak betapa student² grafik aku nih tak berfikiran longterm. Dengan kutipan yang sedikit, ada pula hati nak buat aktiviti² yang banyak. Mana dorang nak cekau duit yang lebih tuh. Ada plak yang bersuara nak cari sponsor...hahahahaha...tergelak aku. Mana korang nak cari sponsor, dengan attitude korang yang agak lazy tuh. Haduih....

Then aku perhatikan student² yang datang tuh, boleh dikatakan mereka² yang aku ajar sem nih tak datang. So, hari nih aku di dalam kelas...aku telah menggenakan denda pada mereka sebagai pengajaran. Aku minta mereka mencari nama
Lecturer aku semasa aku amik CDDS di KLMU. Aku bagi mereka tempoh sehingga besok petang, kalau tidak carrymark mereka akan aku tolak. Aku nak mereka nih berdisplin sikit dan belajar menepati masa. Pada student² yang kena dan membaca blog nih...saya ucapkan Good Luck. Lain kali kalau ada meeting, sila hadirkan diri.

DeepaRaya Cosmopoint Seremban 2009

Assalamualaikum...hari nih di kolej aku satu sambutan DeepaRaya ( belated ) telah diadakan. Majlis ini adalah hasil kerjasama MPP dan Kelab Indian Society di kolej ini. Overall majlis ini berjalan dengan lancar dan sambutannya pun agak memberansangkan. Aku seperti biasalah menjadi photographer di majlis tersebut. Banyak jugak picture yang aku amik, so apa yang aku upload kat blog aku kali nih hanya yang terpilih sahaja. Kalau nak tengok selebihnya, tunggu aku upload di Facebook nanti.

Group Photo ( hanya segelintir sahaja...yang lain suma ada kelas )

hah! ini pula antara menu² yang dihidangkan pada petang itu...nyum! nyum! nyum!


ini pula bilik marketing dijadikan tempat makan VIP ( lecturer dan staff sahaja )...

ini kali kedua aku amik makanan ( al-maklumlah bayar RM10...kalau makan sekali macam rugi ler plak )...picture ini diambil oleh Yang Najihah...gambar blur pasal orang yang tangkap pun agak blur...hahahahaha...jangan marah hah...Yang Najihah

Oklah, aku dah nak balik nih. Lepas nih aku dan Su nak pergi kerja kawen kat Kajang. Rumah sepupu aku buat kerja kawen anak dara dia. So, nanti adalah picture aku, su dan family aku di blog aku yang akan datang. So, till the next post. See ya later.