Prince Of Persia Movie Trailer


Citer yang diadaptasikan dari sebuah game yang aku minat di PS2. Memang movienya, cuma aku rasa heronya macam tak kena. Should be some one taller than Jake Gyllenhaal. For the trailer itself, semua ciri² game tuh ada. Couldn't wait to watch it.

Street Fighter Round One Fight


Street Fighter Round One Fight 2009 DVDRip XviD-CiTRiN asttas IPTELITE | DVD Rip | Duration: 01h 07m 30s | Size: 699 MB| RS - MU
Video Format: XVid, 640x464 pixels, 25.00 fps, 1274 kbps
Audio Format: MPEG Audio Layer 3, 48000 Hz, 128.00 Kbps
Language: English.

Plot:
In the universe of Street Fighter, fighters of every size, shape and color collide in a global battle for supremacy. From every corner of the world, martial artists, boxers, wrestlers and fighters of every conceivable sort perform superhuman acts in their willing (or unwilling) participation in the Street Fighter Tournament-the contest being hosted by M. Bison, the sadistic dictator and leader of the underground Shadaloo criminal organization. Some contestants fight for reasons as diverse as their nationalities...some fight for money, answers, or vengeance, while others fight for reasons completely shrouded in mystery.

Semalam yang boring....

Assalamualaikum....
Seperti yang aku jangkakan semalam, selepas jaga exam aku tak tahu nak buat apa. Aku kekeringan idea dan merayau jer kat Seremban nih jer. Aku mulakan langkah aku dengan niat nak tengok movie kat
MBO Cinema kat Terminal 2. Tiba sajer kat sana, aku dalam keadaan basah sedikit akibat hujan renyai². Then bila aku tiba dihadapan MBO, aku ternganga..kerana movie yang ditayangkan tuh tak begitu menarik minat aku. Haduih!...leceh plak ai. Then aku lepaklah kat Terminal 2 tuh sampai aku dah betul² buntu. Then aku mengorak langkah pergi ke Jaya Jusco Seremban 2. Masuk² jer aku ke JJ tuh, punyalah ramai manusia. Especially si Ladies dan secara tak langsung aku teringat lagu si Rossa "Hey! Ladies". Dari yang kecik hinggalah ke yang tua...semuanya keluar shopping.

Oklah! Aku pun mengorak langkah pergi
TGV Cinema dengan harapan yang tinggi ada ler movie yang aku interested. Damn! kecewa lagi aku. Movie yang ditayangkan lagi boring dari movie di MBO Cinema. Memang SUCK gila panggung wayang kat Seremban nih. Nak pergi GSC Cinema kat Terminal 1 tuh, for sure bebudak sekolah yang baru nak naik RAMAI gila. Semaklah dorang nih, sekarang baru aku tahu macam mana abang² aku rasa bila mereka ditempat aku satu ketika dulu. Semak weh! dengan dressing code, hairstyle dan attitude dorang sekarang nih...memang semak. So, aku decide untuk lepak² kat JJ tuh jer. Tempat yang aku tuju adalah FOS, MPH dan Speedy Video. Kat Speedy Videolah aku paling lama...dari movie ke drama bersiri, dari citer melayu ke citer jepun, dari citer action ke kartun ultraman dan dari kaset hingga ke CD Audio semuanya aku survey.

Since aku bosan, aku pun melayan
sms dengan yang tersayang. Sambil berjalan, sambil aku ber"sms". Kira terasalah juga kehadiran dia disisi, walaupun takder. Dah penat aku berjalan, aku pun singgah kat kedai makan. Minum teh ais dan makan mee goreng. Then teringat plak malam tuh ada Perlawanan Akhir Piala Malaysia. Negeri Sembilan vs Kelantan dimana keputusan memihak kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 3 -1 mengalahkan Kelantan. Kendian dah selesai semua, aku pun balik ke rumah. Hari nih aku kena jaga exam lagi ber"partnerkan" Umi Hidayah. So untill next time. See ya later...Assalamualaikum.

Jaga Exam...

Assalamualaikum...
Hari nih aku kena jaga exam. Bukan setakat hari nih jer, tapi semalam dan besok juga aku kena jaga exam. Macam biasalah kalau jaga exam bebudak nih, aku kena "cargas". Mata mesti tajam untuk menangkap mereka² yang tajam akal nak meniru. Semalam aku ber"partner" dengan Adlina, aku tidak berjaya menangkap mereka yang meniru (dalam erti kata lain...takder yang meniru)...bagus betul bebudak nih. Hari nih aku ber"partner" plak dengan Kak Dot...still sama juga, tiada sorang pun yang meniru. Besok last day of exam, siapa yang berani meniru tuh...bersedia kamu. I have my eyes on YOU.

alahai ketatnya muka bebudak nih menjawab exam...kesian plak aku...tapi nak buat macam mana, korang yang belajar...korang jawablah...

Tapi itu cerita pasal exam. Aku tengah blur, aku tak tahu nak buat apa lepas exam nih. Tak tahu nak kemana?. Bosan tak hingat, nak tengok wayang citer apa yang best ek?. Aku bosan wayang kat Seremban nih pasal dorang tayang citer² bangang. Itu yang aku fed up tuh. Nak pi umah buah hatilah, ajak dia keluar ker?. Itupun kalau dia takder plan kemana-mana dengan family dia.

Tunggulah aku keluarkan PESONA nanti...baru aku boleh bawak dia jalan² jauh sikit. Huhuhuhu...lupa nak mention, aku sekarang dalam planning nak angkat kereta Proton PESONA MLine Auto berwarna Tranquility Black. Compare to MyVI, PESONA is cheaper and more reliable. Al-Maklumlah, nak pakai lama sampai beranak pinak nanti. Hehehehe...well, that's my opinion. Everyone have their own opinion, since i can't afford my first choice car...then i would have to settle with my second choice and that is Proton PESONA MLine Auto with Tranquility Black color. That's all for today, till my next post...have a good weekend. Assalamualaikum.


yaperda...

Assalamualaikum...
Kali nih aku nak luahkan rasa tak puas hati dengan satu panggung wayang kat Seremban nih. Aku punyalah pelik, kenapa bulan nih movie yang mereka tayangkan semuanya movie macam hampeh?. Aku pelik, punyalah banyak movie yang best2 yang sedang ditayangkan movie hampeh jugak yang ditayangkan kat sini. Movie Inglorious Basterds (lakonan Brad Pitt dan arahan Quentin Tarantino), Ninja (movie baru) dan Cloudy With a Chance of Meatballs (3D animation movie) boleh dorang tak tayangkan. Hampeh betullah, sebaliknya movie Lembing Awang Pulang ke Dayang yang ditayangkan. Kalau citer tuh ada kaitan dengan sejarah atau cinematogarfi movie tuh best...aku tak kisah. Arghhh!...fed up plak aku ngan panggung wayang kat Seremban nih. Dulu mula2 bukak...movie nak best2 jer. Bila dah ramai orang datang tengok kat panggung dorang, boleh dorang tayangkan movie2 macam hampeh tuh. Dah kalau nak tengok movie2 yang aku mentionkan awal2 tuh semua, kena plak kita pergi luar dari Seremban. Contohnya Mines atau KLCC nak tgk movie yang aku mentionkan tadi. What's the problem?

Pertandingan Karaoke anjuran Kelab Anak Seni Negeri Sembilan : Peringakat Saringan


PERTANDINGAN INI TERBUKA KEPADA MEREKA YANG MINAT BERKARAOKE. TIDAK KIRA SAMA ADA ANDA ADALAH ANAK JATI NEGERI SEMBILAN ATAU PUN TIDAK.

PERINGKAT SARINGAN AKAN DIADAKAN DI TEMPAT, MASA DAN TARIKH YANG TERTERA DI POSTER.

SETIAP PENYERTAAN AKAN DIKENAKAN RM20 DAN PESERTA DIKEHENDAKI MEMBAWA SENDIRI MINUS ONE ATAU VCD KARAOKE.

the funniest day to date....

Assalamualaikum...
Semalam aku telah adakan satu meeting dengan student² Grafik Kolej aku. Dalam meeting tuh, pelbagailah yang diperbincangkan. Mainly, semua berkaitan dengan yuran dan aktiviti yang akan dijalankan dalam jangka masa setahun nih. Isu hangat yang betul² menarik minat aku ada isu YURAN. Ada certain student mencadangkan RM3 sebulan dan ada juga yang mencadangkan RM2. Memandangkan mereka bercadang untuk mengadakan pelbagai aktiviti...aku secara tetiba hangin dengan cadangan mereka. So, lets do some math...

RM 2 X 60 orang student = RM 120
RM 120 X 12 bulan = RM 1440

Expenses (estimation)
Buat bengkel (photography) = RM 850
Trip = RM 700 (sewa bas, dll)
Buat bengkel (Photshop) = RM 850
Final Project Preparation = RM 800
Total = RM 3200

So, disini korang sendiri boleh nampak betapa student² grafik aku nih tak berfikiran longterm. Dengan kutipan yang sedikit, ada pula hati nak buat aktiviti² yang banyak. Mana dorang nak cekau duit yang lebih tuh. Ada plak yang bersuara nak cari sponsor...hahahahaha...tergelak aku. Mana korang nak cari sponsor, dengan attitude korang yang agak lazy tuh. Haduih....

Then aku perhatikan student² yang datang tuh, boleh dikatakan mereka² yang aku ajar sem nih tak datang. So, hari nih aku di dalam kelas...aku telah menggenakan denda pada mereka sebagai pengajaran. Aku minta mereka mencari nama
Lecturer aku semasa aku amik CDDS di KLMU. Aku bagi mereka tempoh sehingga besok petang, kalau tidak carrymark mereka akan aku tolak. Aku nak mereka nih berdisplin sikit dan belajar menepati masa. Pada student² yang kena dan membaca blog nih...saya ucapkan Good Luck. Lain kali kalau ada meeting, sila hadirkan diri.