bubbye 2009 and helloooo 2010...

Assalamualaikum...
Hari ini merupakan hari terakhir dalam kalendar 2009 dan besok pulak adalah hari pertama dalam kalendar 2010. So, bermulalah lebaran baru dalam hidup kita. Jadi bagaimanakah azam 2009, adakah ianya sudah tercapai? Bagi aku sendiri, setakat nih azam aku hampir tercapai dan kalau tiada masalah...tahun 2010 akan tercapailah ia...insyaALLAH. Maka dengan ini tahun baru ini, aku akan bekerja keras demi untuk mencapai impian aku yang kedua...InsyaALLAH.

Well, aku ini di ofis agak suram sedikit. Kebanyakkan staf semuanya menghabiskan cuti tahunan mereka yang banyak tuh. So, yang tinggal hanya beberapa orang sahaja. Tapi kesuraman itu telah digantikan dengan suasana ceria apabila 10 orang staf yang ada nih pergi lunch bersama-sama di Restoran Ar-Raudhah. Hilang juga kesuraman itu.

Apa plan New Year's Eve? Mostly, ramai mempunyai plan untuk new year's eve nih. Ada yang pergi ke KL untuk pergi concert, pertunjukkan bunga api, makan besar dengan family (family gathering), bercuti ke tempat peranginan dan dating. So, what's my big plan for new year's eve? NOTHING...i'm just going to sit back and relax at home and watch some HBO or STAR MOVIES at ASTRO. But tomorrow, i'm going to spend my time with my ever lovely lover SURIA.

I'm taking this opportunity to wish all my blog readers...HAPPY NEW YEAR 2010...may this new year brings you more joyful days and fortune. Assalamualaikum.

R'Man Sulaman Indah

Assalamualaikum...Kali ini aku nak bercerita tentang business abg aku. Nama kedainya ialah R'man ( pronounce Arman...sempena namanya ) Sulaman Indah Enterprise. Ianya merupakan sebuah syarikat embroidery atau sulaman bermesin. Abg aku merupakan seorang pakar dalam bidang nih sudah hampir 20 tahun. Susah, senang, pahit, manis membuat sulaman ini semuanya telah dia rasai. Cuma kali ini, dia ingin memperbesarkan kepakaran dan perniagaan beliau ketahap yang lebih besar. Jika anda yang mengikuti blog saya ini dan ingin membuat tempahan sulaman logo pejabat, sekolah, jabatan, kementerian, bank atau design sendiri...sila hubungi saya dan kita akan berbincang bagi mendapatkan harga yang berpatutan. Apa yang kami janjikan adalah quality jahitan yang terbaik dan harga yang berpatutan. Anyway, logo dan blog untuk R'Man Sulaman Indah Enterprise currently under construction. If you need to order anything, do leave me a comment or you can leave me a message on my Facebook. Thank you.

Ninja vs Ninja

Assalamualaikum...setelah sekian lama aku tak menulis dalam blog ini. Hari aku berkesempatan nak tulis review tentang 2 movie yang berkaitan dengan NINJA. First of all tentang movie yang berjudul NINJA. Jalan ceritanya menarik, tidaklah terlalu sangat. Tapi elemen seperti darah memancut keluar macam paip bocor tetap ada. Pelakon movie nih semuanya baru, cuma pelakon utama saja yang aku tahu. Dia merupakan stunt double bagi Ryan Reynolds yang memegang watak Dead Pool dalam movie X Men Origin: Wolverine. Rasanya kutipan cerita nih maybe tidak seberapa compare movie yang lagi satu nanti.

http://rapidshare.com/files/310918211/Ninja.2009.DVDRip.XviD.AC3-ViSiON.part1.rar.html
http://rapidshare.com/files/310919777/Ninja.2009.DVDRip.XviD.AC3-ViSiON.part2.rar.html
http://rapidshare.com/files/310920864/Ninja.2009.DVDRip.XviD.AC3-ViSiON.part3.rar.html
http://rapidshare.com/files/310924294/Ninja.2009.DVDRip.XviD.AC3-ViSiON.part4.rar.html
http://rapidshare.com/files/310919286/Ninja.2009.DVDRip.XviD.AC3-ViSiON.part5.rar.html
http://rapidshare.com/files/310922665/Ninja.2009.DVDRip.XviD.AC3-ViSiON.part6.rar.html
http://rapidshare.com/files/310925804/Ninja.2009.DVDRip.XviD.AC3-ViSiON.part7.rar.html
http://rapidshare.com/files/310916729/Ninja.2009.DVDRip.XviD.AC3-ViSiON.part8.rar.html

Next movie bertemakan ninja jugak iaitu NINJA ASSASSIN. Movie nih sememangnya ganas. Element darah memancut bagai paip air pecah tetap ada cuma movie ini lebih dahsyat. Memang nampaklah unsur² ninja yang ingin ditonjolkan. Lagi satu factor utama kenapa movie ini akan memunggut kutipan yang banyak adalah kerana pelakon utama dia iaitu penyayi dan pelakon terkenal dari Korea...RAIN.

http://rapidshare.com/files/319771313/Ninja.Assassin.TS.XviD-IMAGINE.part1.rar.html
http://rapidshare.com/files/319760189/Ninja.Assassin.TS.XviD-IMAGINE.part2.rar.html
http://rapidshare.com/files/319765580/Ninja.Assassin.TS.XviD-IMAGINE.part3.rar.html
http://rapidshare.com/files/319760614/Ninja.Assassin.TS.XviD-IMAGINE.part4.rar.html

Well, itu antara comparison antara kedua-dua movie. Kali ini aku nak cerita pula tentang persamaan movie² tersebut.
  1. Kedua-dua pelakon utama berlakon mengguna boxer. Tapi yang paling digemari kaum hawa adalah movie NINJA ASSASSIN. Kerana RAIN memakai boxer selepas habis training sambil posing kat atas katil.
  2. Kedua-dua musuh utama citer ini datangnya dari dojo yang sama dengan hero. Apa tak boleh ker buat permusuhan antara dua dojo ninja yang berlainan ker?
Overall, kedua-dua movie mempunyai tarikan tersendiri. Bagi aku, aku lebih prefer tengok GI JOE, SNAKE EYES vs STORM SHADOW....hahahahaha.

crows zero

Assalamualaikum...
Setelah sekian lama tak update blog, peluang ini aku ambil untuk update. Kali nih aku nak cerita pasal j-movie yang aku tegok sementara aku tengah recuperate atau tengah berehat. Nama judul movie nih ialah Crows Zero (2007).

cerita ini lebih mengisahkan bagaimana TAKIYA GENJI ( Shun Oguri ) cuba menandingi percapaian ayahnya seorang ketua yakuza ketika muda dahulu, dengan mengetuai sekolah Suzuran (sekolah yang penuh dengan deliquent students). Bagaimana pun dia perlu melepasi halangan terbesarnya disana iaitu seorang student bernama TAMAO SERIZAWA.

Movie nih adalah antara J-Movie yang terbaik yang pernah aku tengok. Lakonan, ekspresi muka, arahan dan juga camera angle memang menawan minat aku. Memang totally brutal and the best beatdown movie ever. Kendian aku tengok pula sambungan cerita ini iaitu Crows Zero 2 (2009).

cerita ini lebih mengisahkan bagaimana TAKIYA GENJI ( Shun Oguri ) menghadapi cabaran dari sebuah bernama HOUSEN (sebuah lagi sekolah yang mempunyai deliquent student yang takkurang ganasnya dengan SUZURAN) cuma kali ini GENJI perlu meminta pertolongan dari SERIZAWA demi mempertahankan maruah sekolahnya.

Still best, memang tiada kurangnya dari part one. Cuma maybe lebih ganas lagi. Still the best J-Movie that i've ever seen. Maybe y'all dah tengok movie nih, tapi bagi aku inilah the first time. Bagi yang belum tengok, tengoklah movie nih. Ianya memang disarankan sangat2.

The day has come....

Assalamualaikum...Rabu yang lepas aku telah di"admit"kan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. So, pagi sebelum kul 9 aku dah admit. Then seharian tuh aku tak tahu nak buat apa. Memang agak membosankanlah sikit. Then segala bacaan darah, tekanan darah, suhu badan dan nadi semuanya ok. Satu hari tuh adalah 4 kali dorang check, alhamdulillah semuanya normal. Doktor pakar pun datang check dan berkata yang pembedahan aku akan bermula 8.30am keesokan harinya. Then dalam kul 4pm atau 5pm, seorang doktor pakar bius datang jumpa aku dan terangkan yang dia akan buatkan aku rasa kebas dari pinggang ke bawah. Caranya dengan memasukkan bius di tulang belakang aku. Pergh aku dengar pun dah agak mengerikan. So, lets skip to the next day.

The next day, begin at 6.30am. The nurse ask me to take a bath first, sebelum dia bagi buat tido dan masukkan air. Aku pun tukar pakaian kepada pakaian OT (Operation Theater). Then tepat kul 8.00am aku pun masuk ke OT. First, doktor bius aku kat belakang. Time tuh tuhan sajer yang tahu apa yang aku rasa. Sememangnya pagi itu, aku rasa lumpuh dari pinggan ke kebawah. Tepat 8.30 operation pun dijalankan, yang aku peliknya. KENAPA AKU TAK TIDO?. Sepanjang 2jam 30minit operation dijalankan aku berjaga. Selama itulah aku dengar apa yang doktor-doktor nih borakkan. Rupanya doktor pakar nih pun kaki gossip jugak rupanya. Hampeh!

Setelah selesai operation, aku pun masuklah wad balik. Ini barulah aku nak masukkan cerita bahagian yang sakit nih. Kul 2.00pm, bius aku pun habis. So, bermula peperangan aku menahan kesakitan dan keperitan. Bayangkan, aku terpaksa baring terlentang selama 6 jam. Dengan keperitan dan kesakitan yang aku tanggung di luka, usus dan belakang, aku tak boleh bergerak. Memandangkan aku tak tertahan, aku bergerak jugak sampai aku dapat posisi yang selesa bagi aku. Tapi yang membuatkan aku rasa betul-betul sakit adalah dibahagian usus aku. Nasib aku baik kerana doktor yang membedah aku terus bagi pain killer yang agak tinggi dosagenya. Lepas jer, diberikan pain killer tuh aku terus tido sampai ke malam. Malam itu aku terjaga, apabila aku terdengar akan suara yang familiar dan amat aku rindui. Su datang menjenguk ku bersama mama dan babahnya. Terubat sikit keperitan aku bila Su datang. Thanks sayang for coming.

Keesokan harinya, aku dah boleh buang air kecil dan buang angin. Itu petanda, yang ALL SYSTEM ARE GO. Aku pun beranikan diri untuk berdiri, duduk dan berjalan selepas operation nih, bagi menunjukkan aku dah ready nak balik pada doktor. Keperitan yang amat sangat aku tanggung bila aku tunjuk berani nih. Tak kisahlah, asalkan aku dapat keluar dari Hospital nih. Aku hampir demam, tapi selepas berjalan semua...doktor bagilah aku discharge.

Disini aku ingin ucapkan, terima kasih pada FAMILY AKU, SU DAN FAMILY, KAWAN-KAWAN dan STUDENT AKU (di Facebook) yang banyak memberi sokongan pada aku dalam tempoh kesakitan ini. Hanya tuhan sajer yang dapat membalas jasa kamu semua. Doakan aku cepat sembuh yer?...Assalamualaikum.

busy week...

Assalamualaikum...it has been a busy week for me last week. First of all, berkaitan dengan Bengkel Asas Fotografi yang di anjurkan oleh Kelab Creation dengan kerjasama Solid Mediawork. Walaupun sambutan tidak seberapa, akan tetapi hasilnya agak memberangsangkan. Aku kagum jugak dengan hasil kerja peserta-peserta yang ambil bahagian dalam bengkel ini. Apa yang lebih mengkagumkan adalah dalam masa sehari mereka dapat menghasilkan kerja yang baik. Inilah yang aku inginkan dari semua student2 aku. Tapi still ada lagi student-student yang tak appreciate apa yang aku cuba lakukan untuk membantu mereka. HAh! lantak koranglah.

Bengkel Asas Fotografi bersama Solid MediaWork.

Then hari selasa lepas aku, umie, azza dan kak fiza telah round separuh Negeri Sembilan
untuk pergi melawat pelajar-pelajar practical dibawah jagaan kami. Bermula dari 8.45am kami bertolak ke Rasah untuk melawat student Azza. Kendian pergi pula ke Senawang untuk melawat student Azza dan Umie. Dari Senawang pula kami terus pergi ke Port Dickson untuk melawat student Azza yang terakhir. Setelah selesai, kami pun bertolak ke area Nilai pula. On the way ke nilai, minyak kereta si Azza nih plak nak kehabisan minyak. Nasib baik sempat sampai rest area Seremban. Kalau tak mahu menolak kereta tuh, hati aku dah berdebar-debar. Then sampailah kami kat Nilai, kami pergi ke Taman Semarak 2 untuk melawat student aku. Aku amat kagum dengan student aku nih. Kalau dulu hasil kerjanya tidak memberangsangkan sangat, even final project pun teruk. Tapi setelah dorang expose dengan dunia luar. Barulah dorang nampak dengan jelasnya kehendak diluar sana. Dengan bangganya aku katakan disini, hasil kerja student aku nih dah improve. Then kami ke USIM (Universiti Sains Islam Malaysia), pergh tempatnya agak sunyi compare dengan universiti-unversiti yang lain. Dengan panas yang agak terik...aku, kak fiza dan azza terpaksa menunggu di parking lot dengan tanpa sebarang perlindungan dari bahang matahari untuk menunggu Umie melawat studentnya. Habis jer kat Usim, kami berangkat ke Beranang untuk melawat student kak fiza. Masuk jer kak fiza ke tempat practical tuh, hujan pun turun selebat-lebatnya. Pergh time tuh kepala aku dah mamai, tadi panas then tetiba plak hujan. On the way balik tuh aku macam mamai bawak keta, alhamdulillah semuanya selamat. Lepas nih aku akan ceritakan pula proses pembedahan aku. Till my next post, Assalamualaikum.

Seminggu lagi...

Assalamualaikum...
Pergh tinggal seminggu lagi aku akan menjalani operation. Perasaan cuak sudah mula menyelubungi aku. Al-Maklumlah, tak pernah buat operation. Aku tak kisah nak operate, aku cuma takut bila aku operate tuh...aku dalam keadaan terjaga. Aku harap sangat, time operate tuh aku tak sedarkan diri. Aku memang tak berani tang tuh.

Well, perasaan tuh telah aku cover dengar berita yang agak mengembirakan. Aku agak happy jugak kerana loan kereta aku tak lama lagi akan di"proceed" tak lama lagi. Pergh! Harap² loan aku approvelah. Tak sabar nak pakai kereta...hehehehe...kalau dapat nih, tercapai sudah salah satu impianku. Tinggal 2 lagi impian yang nak aku cuba dapatkan.

Dalam ketakutan dan kegembiraan aku hari nih, terselit pula perasaan geram pada student² aku nih. Penat aku arrangekan sebuah bengkel fotografi sabtu nih, demi membantu mereka. Boleh kebanyakkan mereka tak nak terlibat dalam bengkel tuh. Apa punya pendek fikiran korang nih hah? Aku dengan niat nak menolong korang improvekan skill, ini tidak memasing dengan perangai swanky attitude, snobbish ignorant, childish, selfish and idiocy yang melampau tuh korang tak endah jer dengan affort yang telah aku bagi. Lepas nih lantak koranglah, jangan salahkan aku kalau korang tak berkembang dalam Dunia Designing.