Trip to Bukit Tinggi Sumatera Barat

Assalamualaikum...

Tarikh 24 April 2011, aku telah mengikut satu rombongan melawat tanah asal Orang Minang Negeri Sembilan iaitu ke Bukit Tinggi Sumatera Barat. Bukit Tinggi sememangnya terkenal dengan hasil kerja tangan seperti kain sulaman tangan yang cantik. So, trip ini sememangnya bertujuan untuk membeli dan memborong atau bak kata tour guide kitorang "melontar". Perjalanan dari LCCT Airport ke Minangkabau Airport, Padang...mengambil masa 1 jam. Manakala dari Padang ke Bukit Tinggi mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan raya disana sememangnya unik dari jalan raya di negara kita. Just imagine, jalan sekecil jalan di kampung (yang muat untuk satu kenderaan) digunakan untuk jalan besar dan 2 hala. Especially, bila jalan raya itu di gunakan untuk menaiki bukit seperti nak ke Genting dengan aksi potong memotongnya lagi...kecut perut aku dibuatnya. Yang membuatkan aku hairan...statistik kemalangan maut disana adalah "0". Suasana disana sememangnya mendamaikan pemikiran dan hati. Aku lupa segala masalah dan juga perkara² yang berkaitan dengan kerja bila disana. Apa ntah lagi bila pergi dengan tunang sendiri dan juga family dia. 

Dengan adanya tour guide yang berpengetahuan dan boleh berinteraksi dengan kitorang, perjalanan ke Bukit Tinggi tidaklah sebosan mana, cuma aktiviti berada disana tiada lain selain "melontar".Tour guide kami "Pak Eddy" sememangnya tahu mengambil hati kitorang especially aku yang bukan kaki shopping. Banyak tempat yang mempunyai pemandangan indah dia bawa pergi tengok. Dari kawasan sawah sehinggalah ke kawasan nostalgik.
"Mekasih ya Pak Eddy" dari kami semua...


Dari segi makan pula di sana, tidak perlu risau kerana...majoriti penduduk di sana adalah beragama islam. Ini kerana tempat pertama penyebaran agama islam di rantau asia bermula di sini. Bagi membuktikan kesahihan keterangan ini...jika pergi kita sana. Boleh dikatakan setiap 100-200 meter akan nampak sebuah "Mushallah" atau surau dan ianya akan diselangi dengan sebuah Masjid. Kembali kepada topik makanan tadi, menu utama di sana adalah Bakso dan Nasi Padang.
"Diet aku buang ke laut, bila nampak menu mcm nih..."

Well, that all for today. Next planning is to Bandung and Jakarta, right after my wedding reception. Hopefully this time, it would be much more fun and sweet with Suria as my wife. 

"It's has been a great weekend with my beloved fiance"

0 comments: