Selama Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Aku ucapkan kepada kawan-kawan dan pembaca blog aku nih. Jika ada tersalah cakap, tersalah gurauan, tersilap kelakuan, termakan atau terminum tanpa aku sedari...aku minta maaf dan aku minta halal.

Aku ucapkan ribuan terima kasih atas segala teguran, persahabatan, kesetiaan dan pemahaman akan diri ini yang telah kalian berikan kepada aku selama ini. Akan aku hargai semua itu hingga ke hujung nyawa.

Sekali lagi, aku dan su ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa. Sekian, terima kasih.

Puasa hari ke-26 dan 27

Assalamualaikum. Apa kabar semua?. Aku setakat nih alhamdulillah, sihat seperti biasa. Cuma aku masih menantikan result medical checkup aku hari itu. Bagaimana agaknya result itu nanti kan?. Well, semalam aku berbuka dengan man, boss, ayen, rizal dan kawan-kawan mereka yang lain di Jaya Jusco. Pada mulanya, kitorang pergi ke Bazaar Ramadhan Seremban 2. Akhirnya, aku sampai jugak ke sana. Banyak jugak pilihan juadah berbuka kat sana, orang pun bukan main ramai lagi. Aku dan man masing-masing beli 2 jenis kuih dan air mata kucing. Yang lain pula hanya beli sejenis kuih jer. Tiba di Jaya Jusco, sudah menunjukkan jam pukul 6.50 pm. Time macam nih memang susah nak cari tempat nak berbuka kat Jaya Jusco tuh. Punyalah ramai orang, tuhan sajer yang tahu. Dengan bebudak nih tak beli air lagi dan mencari tempat punya pasal, akhirnya kitorang berbuka jer kat bangku kat luar Jaya Jusco tuh. Macam picnic plak rasanya...hahahaha. Then ingatkan bebudak nih nak berbuka kat Kenny Rogers...last-last tukar planning, semua sambung berbuka kat Restoran Victory ( Kedai Masakan Cina Muslim ) yang terkenal kat Seremban 2 nih. Aku kalau makan kat kedai nih, makanan kesukaan aku adalah Nasi Campur dia. Memang superb lah, sayur campur dengan daging ayam dan udang. Dahlah banyak, sedap plak tuh...memang lepas makan tuh, terasa kenyang sampai ke sahur.

Hari nih, setelah selesai semua lecturer dan staff bertadarus. Satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan oleh kelas Pengajian Islam bimbingan Cik Umi Hidayah dan jugak Majlis Perwakilan Pelajar Cosmopoint Seremban. Majlis itu telah dikendalikan oleh ayah Cik Adlina Mansor iaitu Tuan Hj Mansor. Aku tak dapat hadir majlis tersebut kerana aku punyai 2 kelas berturut-turut, aku cuma dapat singgah sekejap untuk mengambil gambar majlis tersebut. Aku minta maaflah pada lecturer-lecturer yang lain jika mereka rasa aku macam tak nak terlibat dengan majlis nih. Bukan aku tak nak terlibat, cumanya aku punyai kelas secara berturut-turut. Well, picture majlis tersebut akan aku upload besok dalam post aku seterusnya. Hari nih aku ada kelas malam, aku rasa macam nak marah jer 2 student aku dari kelas malam tuh. Apa yang aku ajar last week, boleh dorang nak minta aku ajar balik. Pergh! nak meletup kepala aku rasa. Then, aku coolkan diri dan ajar mereka perlahan-lahan. Akhirnya settle masalah, minggu depan aku aspect dorang tuh dah master basic skill sebelum aku pergi ke next chapter. - to be continue -

Puasa hari ke-25

Assalamualaikum. Apa kabar semua? Aku seperti biasa sihat sajer. Cuma seawal pagi tadi semasa sahur aku dikejutkan dengan satu perkara yang amat aku takuti. Akak aku sesajer nak check darah aku, nak tengok kandungan gula dalam darah aku. Dengan menggunakan alat bacaan kandungan gula dalam darah, akak aku pun mengambil darah aku sikit dihujung jari manis tangan kiri aku. Alangkah terperanjatnya aku bacaan gula dalam darah aku agak tinggi. Tapi tidak setinggi akak semasa dia check kat hospital arituh. Pergh! aku agak risau jugak, nampak gayanya aku terpaksa tinggalkan makanan-makanan manis dan penuh dengan karbohidrat. Nampak gayanya aku kena pergi check kat klinik untuk tengok bilangan kolestrol dan minta prescription untuk masalah kesihatan aku nih. Sepertimana arwah ayah dan mak aku, aku jugak maybe akan bergantung pada ubat untuk kawal masalah ini. Aku kena kawal masalah ini as soon as possible kerana petang tadi hospital telah call aku untuk memberitahu tarikh operation aku. Aku dijangkakan akan jalani operation pada 22hb Oktober depan. Aku kena kawal masalah gula dalam darah aku nih, kalau tidak ianya akan memberi kompikasi pada pembedahan aku nanti. Kalau boleh aku nak jalani operation ini dilakukan secepat mungkin, aku dah tak mahu menunggu lama lagi.

Well, dengan aku dalam status kerisauan...aku telah mengajak Su untuk berbuka bersama untuk kali terakhir sebelum aku balik ke Kluang jumaat nanti. Hilang sedikit kerisauan aku bila dapat tatap wajah dia. Aku pun ceritakan pada dia masalah aku, dia pun berkongsi kerisauan aku. Thank you, sayang.

Then kitorang pun pergi berbuka di Jaya Jusco, kat food court Aneka tuh. Kitorang order menu western. Punyalah ramai kat situ bila time nak berbuka. Well, picture-picture dibawah adalah antara picture yang sempat aku snap.

ini adalah menu yang aku pilih ( beef steak with mushroom sauce + air mineral )

ini adalah menu yang Su pilih ( chicken grilled with black pepper sauce + watermelon milk shake )

Since aku dah tak boleh mengambil makan manis lagi, so dialah pemanis yang aku perlukan dalam hidup ini. Thank you sayang for sharing my problems. Love you Suria Mohammad. - to be continue -

Puasa hari ke-24

Assalamualaikum. Apa kabar semua? Alhamdulillah, tinggal enam hari sahaja lagi kita akan berpuasa sebelum meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu hampir sebulan lamanya. Persoalannya, adakah kita benar-benar menang melawan hawa nafsu kita?. Well, hari ini rutin aku macam biasa. Kelas tak banyak dan banyak masa yang terluang. Jadi aku isikan masa yang terluang itu dengan menyakat Umie Hidayah ( rakan sepejabat ), bertadarus kat surau lelaki ( tinggal 2 juzuk lagi ) dan melayari internet untuk preparation kelas besok.

So itu saja untuk hari ini. Bye - to be continue -

Picture Majlis Berbuka di Putrajaya

Kepada sesiapa yang ingin melihat picture kami berbuka di kelab tasik putrajaya. Kalian boleh klik pada link berikut http://www.facebook.com/album.php?aid=102645&id=830299908&l=b6971f227b.

Ini adalah picture² yang aku ambil bersama-sama kekasih hatiku SURIA MOHAMMAD di Kelab Tasik Putrajaya. Actually, banyak lagi picture dia yang aku nak masukkan. Tapi inilah yang aku pilih. Cantikkan dia? Hehehehehe...i love her so much.

Puasa hari ke-23

Assalamualaikum. Hari ini aktiviti aku adalah membersihkan umah akak aku sempena nak menyambut Hari Raya nih. First of all, selepas sahur pagi tadi...aku layan movie "The Happening" lakonan Mark Wahlberg dan arahan M.Night Shyamalan. Agak interesting jugak cerita nih. Ianya menceritakan tentang apa yang akan berlaku jika Alam Sekitar mula bertindak atas kealpaan kita di bumi ini. Then, selepas aku tengok movie tuh...aku pun lelapkan mata jap dan tepat jam 9.30am , aku mulakan kerja pembersihan rumah akak aku nih. Semua kipas di rumah akak aku nih bersih aku kerjakan. Boleh terasalah angin dia kalau buka kelajuan rendah.

Setelah selesai kerja-kerja aku dan aku pun tak tahan dengan kegatalan badan yang teramat. Aku pergi membersihkan diri dan lalu melelapkan mata. Sedar-sedar jam menunjukkan jam 6.10pm. Aku pun bergegas untuk pergi ke Bazaar Ramadhan Stadium Paroi untuk membeli juadah berbuka. Hari nih aku berbuka sendirian, kerana akak aku sekeluarga berbuka dirumah abang iparnya. Aku hanya berbuka nasi ayam, air cincau dan air nestle bliss. Oklah nih daripada tak berbuka langsung.

Oh! By The Way, kalau nak tengok pic Majlis Berbuka Puasa di Kelab Tasik Putrajaya semalam. Tunggu akan keluaran post aku yang akan datang. Ok -to be continue-

Puasa hari ke-22

Assalamulaikum...nampak gayanya malam nih dah mula "malam tujuh likur". Lagi seminggu jer lagi nak raya nih. Tak sabar rasanya. Actually perasaan nak dekat raya nih yang best sebenarnya. Bila dah raya besok, takder ler sangat kemeriahannya. Well, hari nih aku kerja yang ditemani oleh kak yati, ng, raj, yang dan jugak nurul. Yang lain mana pergi korang tanya...dorang entitle untuk cuti hari sabtu untuk semster nih kerana credit hours dorang tinggi. So, lepas nih aku datang...semestinya aku akan lepak jer kat bilik server dengan man.

Hari nih bebudak Ex-Cosmo Seremban telah mengadakan majlis berbuka puasa kat Kelab Tasik Putrajaya. Ada lebih kurang 20 lebih participant kat majlis nih. Dari ex-Centre Manager hinggalah ke ex-Student yang hadir ke Majlis Berbuka ini. Terima kasih kepada mereka yang hadir ke majlis ini. Segala picture yang diambil akan diupload pada post aku yang akan datang. - to be continue -

Puasa hari ke-21

Hari nih dua orang candidate lecturer multimedia yang aku ceritakan pada post yang telah memulakan tugas mereka. So, banyak lagi yang mereka perlu belajar tentang kerja di cosmopoint ini. Well, so far they seem to be ok with the students. Seorang tuh bernama Yang Najihah ( Yang ) dan seorang lagi tuh bernama Nurul Bahiyah ( Nurul ). Since aku pernah mengajar course Multimedia, so banyaklah persoalan yang mereka tanya pada aku. Aku tak kisah, mana yang aku tahu...aku akan share bersama mereka.

Hari nih juga for the first time, aku dapat confirmation letter , annual leave dan warning letter dari Jothi. Part confirmation letter dan annual leave tuh memang aku nanti-nantikan sangat. Apa tak naknya...minggu depan nak raya. Cuti setakat hari selasa jer, cepat sangat tuh. So, dengan adanya confirmation letter dan annual leave ( 3 hari jer )...bolehlah aku beraya lama sikit. Tapi yang buat spoilnya adalah warning letter atau kata Jothi "Reminder Letter". Sebabnya aku tak pergi melawat student-student multimedia yang praktikal. Macam mana aku nak pergi dengan jadual penuh sem lepas, then aku yang baru masuk tetiba kena plak jaga bebudak nih..tanpa reference. Ahhhh! lantaklah...ko nak bagi apa ko bagilah. Asalkan jangan bagi love letter....eeeeee! penuh ngan dakwat jer.

Puasa hari ke-20

Assalamualaikum...apa kabar semua?. Hari ini merupakan hari yang ke-40 arwah mak aku meninggalkan aku sekeluarga. Since aku masuk malam hari nih...selepas jer habis kelas malam aku terus balik umah. Mandi, sembahyang then aku sedekah bacaan yassin kepada arwah. Aku cuma berharap agar rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang rahmati disisiNya. Sememangnya aku amat merindui arwah disaat-saat nak dekat raya nih. Tapi nak buat macam mana, dia sudah tiada lagi disisi aku dan keluarga. Aku tak boleh imagine macam mana nak hadapi pagi raya nanti. Tuhan saja yang tahu.

well, this is my late mother...Hajah Hapsah bte Mohd Yusof...this picture was taken taken 1 month before she past away and this pic was taken at Jaya Jusco after she when to Colombia Hospital for medical checkup with my two sisters...AL-FATIHAH

Puasa hari ke-19

Alhamdulillah, dapat jugak aku berpuasa sampai ke hari yang ke-19 nih. Aku berdoa agar aku dapat teruskan berpuasa hari-hari dan tahun-tahun yang akan datang dengan penuh. Hari nih aku berbuka puasa di rumah kawan aku kat Seremban 2 ( Azza bukan rumah you, ok ). Menu dia adalah western food. Pergh! Besh wooooo....so, pic di bawah ada antara menu yang dihidangkan.


haaaaaa...! ini baru sikit ada lagi menu yang belum lagi dihidangkan...
( crab meat salad + satay + bun + agar-agar )


ini plak adalah chicken chop yang baru digoreng...panas lagi tuh...best! best!

inilah dia pinggan aku...( chicken chop + whip potato + crab salad + chicken chop sauce + bun )...aku selalu macam nih, time sebelum makan tak nak amik pic...dah makan separuh baru nak amik pic...aduhai kecoh lak ai..

lepas berbuka dan sebelum nak balik tuh, aku layanlah kucing peliharaan kawan aku nih...mak ai, comel-comel belaka lah...semua sekali ada lima ekor...parents and three young cats...

i don't whether is it the same cat or not...but one of them is the mother...

Alhamdulillah, semuanya best. Aku lepak jap borak-borak then aku pun bertolak balik. Tapi ada jugak perkara yang kurang best berlaku tadi...biarlah rahsia aku dan mereka-mereka yang hadir jer tahu segalanya. Ianya boleh dijadikan iktibar bila aku berkahwin besok. -to be continue-

Unbelievable...

This video shows an unbelievable slam dunk. You gotta see this to believe it.

Puasa Hari ke-18

Assalamualaikum, semua. Apa kabar semua? Hari nih, aku tak banyak aktiviti nak buat. Cuma petang tadi jer, aku participate dalam Hari Orientasi Student Baru kat kolej nih. As usual, since new Lecturer Multimedia belum masuk lagi...akulah yang kene bagi briefing tentang Course Multimedia. At the same time, aku juga kena bagi briefing tentang Facility kat kolej nih...dalam hati, i said "WHAT!!!". Then aku pun brief secara main-main. Bukan tugas aku pun...Principal ada, buat apa?...baru briefing sikit terus turun bawah. Huh!!!...Ini ada picture² hari orientasi itu...enjoy.

Inilah student² baru yang di"orientasi"kan...agak degil jugak bebudak nih...dan inilah anak didik Azza dan Kak Dot

Ini pulak student² MPP yang bersama-sama menjayakan Program ini...bebudak nih pantanglah plak ada camera nak amik gambar dorang...posing tak hingat.

Ini pulak picture lecturer² yang terlibat dengan program ini...tiada dalam picture adalah pn.saidatulakmal ( kak dot ), en.rajkumar, mr.sivananthan, mrs.ng dan mrs jothi.

Banyak jugaklah yang diterangkan oleh mereka² nih pada student² tuh.Daripada segi dressing code ke kolej hinggalah ker bahagian course yang mereka pilih. Setelah selesai program nih, aku dapat panggilan dari Boss. Dia mengajak aku dan juga Man Pilah untuk berbuka puasa di luar. Aku dan Man pun setuju. So, balik jer keje kitorang pergi beli juadah kat Bazaar Ramadhan Stadium Paroi. Then dalam pukul 7.00pm tuh kitorang pun pergi ker restoran Satay RnK bukan makan satay tetapi memesan makan seperti dalam picture dibawah:

ini menu makanan aku ( nasi goreng pataya + fresh orange + air suam ) telur dadar tuh bukan aku punya...itu boss punya...hehehehe...ter"snap" sekali plak...

ini menu berbuka boss plak ( nasi putih + daging masak merah + telur dadar + limau ais + air suam )...huhuhuhu...telur dadar jangan lupa...itu memang dia punya...

ini plak menu berbuka man ( nasi goreng ayam + nescafe panas + sup kosong )...man order menu yang simple compare dengan aku dan boss...

ini plak hasil pembelian aku di stadium tadi...karipap kentang, karipap sardin dan samosa kentang yang dikongsi bersama man dan boss.

pada sesiapa yang tak kenal boss...inilah orangnya...cute bukan?...hahahahaha

dan ini pula adalah man pilah...tegap orangnya...tulang besi, urat dawai...

twell itu sajer untuk hari ini, so kita berjumpa lagi besok dan kita tgk apa aktiviti aku....ok, untill then..see ya later...Assalamualaikum...-to be continue-

Puasa hari ke-16 dan 17

Assalamualaikum...tak banyak yang berlaku pada 2 hari ini. Hari Ahad aku banyak spend time kat umah jer...hari ini hari isnin aku dah start keje macam biasa. Well, there's nothing much to say only. Cuma motor aku jer lah tak siap repair lagi. Harga overhaul suma sekali RM400, aku macam dah budget jer bulan lepas....aku dapat gaji bulan nih pasti motor aku jugak nak beraya...tengok-tengok betul daaaa. Motor aku beraya lebih dari aku nampak gayanya. Takperlah janji boleh pakai lama. I stumble on a motion graphics on Youtube. It's so nice.

Jim Carrey - CSI : Miami

This is one of the funniest Jim Carrey act. His playing a role of Horatio Caine in CSI:Miami ( played by David Caruso ). How he put Horatio character in the different siutuation and then pun the buttoned on it...it's hilarious. You've got to see this.


downtown dan bershopping raya....puasa ke-14 dan ke-15

Assalamualaikum. Puasa hari Jumaat ( hari ke-14 ), tak banyak aktiviti aku pada hari itu. Kawan-kawanku masing-masing punyai agenda tersendiri. Manakala aku hanya berbuka puasa dirumah sahaja. Tetapi selepas terawih, kawan aku si Fitri ( Boss ), telah telefon aku dan mengajak aku keluar. Dalam pukul 9.50pm gitu, dia pun datang mengambil aku dirumah. Dalam jangkamasa yang sama aku perhatikan, ada 2 orang lagi di dalam kereta Boss yang baru repair tuh. 2 orang itu adalah Ayen dan jugak Am. Pada jangkaan awal aku, maybe Boss ajak minum kat Seremban 2, tapi kenapa tetiba dia masuk highway menuju ke arah Kuala Lumpur. Gambar dibawah adalah destinasi yang kami tujui.

Gambar ini menunjukkan tempat ini macam tidak sesak...tapi actually tempat nih, sungguh sesak dan penuh dengan kereta.

ini pula bila Boss menerajui kembara ini dan ikuti oleh Am...bukan main laju lagi si Boss berjalan...tapi dia kata dia mengantuk bila sampai kat sini...pelik aku, macam mana dia boleh mengantuk di tempat yang penuh dengan manusia nih...

masih lagi diterajui oleh Boss yang katanya nak beli barang untuk raya...kendian diikuti oleh Am dan jugak Ayen...mana ko nak bawak kitorang nih Boss...korang tahu tak kemana yang Boss bawak kitorang...nanti aku citer..

so, tahukah kamu dimanakah kami berada? bagi sesiapa yang tidak tahu...inilah dia Downtown Cheras...tempat nih boleh dikatakan setiap malam ader jualan kat sini. Jual baju, seluar, mainan, makanan, bundle dan macam-macam lagi dengan kadar harga yang berpatutan. Bukan orang biasa sajer yang jual kat sini, even artis Aida Aris pun ada jual kuih raya Enot kat sini. Haaaaaaa...korang tahu tak kemana yang Boss bawak kitorang pada malam tuh?...dia bawak kitorang MAKAN ANGIN jer...balik tangan kosong jer...huh!...

dah penat berjalan-jalan kosong jer, Ayen bawak kitorang ke KERAMAT. Kitorang lepak kat Kedai Air Buah Gelas Besar depan Masjid Keramat. Pergh! gelas biasa pun dah besar, belum order gelas yang besar...memang GIANT tak hingat. Then balik, ingatkan nak temankan Ayen drive, pasal Am dan Boss dah lelap dulu. Tengok aku pun dah tak larat...aku pun terlelap. Sedar-sedar jer dah sampai...laju betul si Ayen drive. Sampai rumah jer, aku terus tido...terima kasih Boss kerana memenatkan badan kitorang.

Puasa hari Sabtu ( hari ke-15 ), aku bangun awal ( walaupun masih letih hasil kerja Boss ) kerana hari ini aku ada plan dengan Su. Awal tak awal pun kul 12.00pm juga aku keluar rumah. First sekali, aku tukar motor dengan Abg Ramzan kerana motor aku sudah start mengeluarkan bunyian yang agak kasar dan kuat. Since, menantu dia bekas mekanik, dia pun offer untuk repair masalah motor aku itu...so, i said OK. Itu yang aku tukar motor dengan dia. Then aku pun bergegaslah ke rumah Su. Happynya dia bila dapat jumpa aku, actually aku lagi happy dapat jumpa dia.

Kendian selepas mengambil Su, kami berdua pun pergi KM Plaza untuk mencari baju raya. Cari punya cari, akhirnya aku yang jumpa dulu pakai rayaku. Aku jumpa sepasang baju melayu berwarna biru tua ( since theme color for this raya is blue ) yang mempunyai saiz aku...lega rasanya...al maklumlah org bersaiz besar...takut takder saiz plak...tapi alhamdulillah jumpalah sepasang. Then Su pun jumpa sepasang baju kurung berwarna biru ( cantik baju tuh, aku pun berkenan ) di kedai yang sama. Since aku sayangkan dia sangat-sangat, aku pun belikan dia baju itu sebagai Hadiah Anniversary. Then dia nak cari sepasang lagi baju raya, tapi kali nih dia nak pakai duit dia. Cari punya cari, akhirnya dia jumpa sepasang baju kurung yang amat cantik warnanya. Aku pun suka warna tuh, cuma macam susah nak cari tudung yang sepadan. Bila time nak beli tudung, memang kena cari betul-betul. Bila dah jumpa, aku pun belanja dia as an Anniversary Gift.

Kendian kami pergi ke Terminal One pula untuk mencari kasut. Aku beli Croc Shoes jer pasal aku selesa pakai kasut tuh selain ianya boleh dipakai untuk apa sajer aktiviti. Su pula beli kasut BATA kerana nak cari yang comforting dan cantik. Then di Parkson Terminal, pada mulanya sekdar jalan-jalan jer. Then ader plak brand Smart Connection buat offer BUY ONE, FREE ONE...dengan harga RM30++ boleh dapat 2 helai baju. Aku pun apa lagi, belilah sepasang.

After all said and done, kami pun lepak kejap kat Terminal sambil borak-borak. Tengok jam, masih ader 3 jam lagi sebelum berbuka. Jadi kitorang deside nak tengok wayang to kill the time. So, citer yang paling terdekat ialah animasi 3D Pixar studio...UP. Citernya oklah, sama macam animasi-animasi lain keluaran PIXAR Studios. Citer tuh habis kul 6.20pm, kitorang pun pi Bazaar Ramadhan Terminal One...kendian shoot ker benteng untuk berbuka.

inilah dia gerai Makcik di benteng yang selalu aku ngan kengkawan aku lepak selepas habis waktu kerja...dan gerai inilah aku berbuka bersama-sama buah hati aku...SU.

inilah dia menu berbuka aku dan Su...air sirap bandung + fresh orange + nasi goreng USA + nasi goreng CHINA (cina) + ayam percik (beli kat Bazaar Ramadhan Terminal One)...

inilah dia barang-barang yang kami beli untuk persiapan raya kami...seharian berjalan kat Terminal One dan KM Plaza bandar Seremban...kepada Suria Muhammad...i hope you like my Anniversary Gift...
Happy Anniversary and I Love You...-to be continue-

Berbuka Puasa di office...Puasa Hari ke - 13

Assalamualaikum. Apa kabar semua?. It has been years since i lectured night class. Hari ini, aku masuk keje tengahari...memang syok bagun lewat pagi tadi. Sebelum pergi keje, kasi layan manga Naruto online dulu. Then aku pun bergegaslah ke kolej. Hari ini aku ada kelas non-stop dari pukul 1.30pm sehinggalah pukul 5.35pm. Then rehat kejap 45min dan sambung kelas malam pukul 6.15pm sehingga pukul 9.30. Yang bestnya subjek yang sama, cuma kelas sajer berlainan. Maknanya aku ajar benda yang sama secara berulang kali. Hahahahaha...kalau aku tahu, aku rekod sajer apa yang aku ajarkan...then mainkan balik untuk kelas seterusnya...best giler kalau boleh buat macam tuh. Hari nih aku berbuka kat office, menunya ada di 1300-13-1300 ( trylah call ). Aku tidak keseorangan pada hari nih...tapi aku ditemani 2 lagi rakan sekerja aku iaitu Umie dan ( no...no...no...bukan Azza yer tetapi ) Fiza.

Umie dengan menu berbukanya...( nasi goreng daging + air teh bunga + chocolate sundae ) lain yang diorder lain plak dapat kan umie...order strawberry sundae...dapat er chocolate sundae...yaperda McD nih...mana dapat sundae tuh umie?

ini pula Fiza dengan menu berbukanya...apa tuh ek? tak nampak dan lupa plak nak tanya dia berbuka apa tadi...huhuhu...tapi nampak macam best jer...but still, mana si umie dapat Chocolate Sundae tuh?

Wah! Menu berbuka Macdonald sapakah ini?...no wonderlah umie boleh dapat chocolate sundae, dia pesan dari orang nih...siapakah gerangan orang ini....

Hahahahaha...aku punyalah, sapa lagi...ini kes malas nak menapak ke benteng untuk beli juadah berbukalah nih ...senang citer dail jer 1300-13-1300...order jer menu...sampai aku bayar...tunggu masa berbuka...aku pun berbukalah....huhuhuhu...-to be continue-

Alhamdulillah...Puasa Ke-12

Assalamualaikum, semua. Apa kabar kamu semua? Alhamdulillah berjumpa lagi kita dalam blog pada hari ini. Hari ini aku cuma ada 2 kelas yang aku ngajar. Setakat nih semua student aku memberi respond yang agak baik. Kita tunggu dan lihat sahajalah sem ini nanti, ok?. Well, hari ini aku berbuka di luar lagi dan buat untuk kali keduanya aku berbuka puasa di Jaya Jusco Seremban 2. Cuma kali ini aku berbuka dengan 2 orang rakan sekerja iaitu


Azza dan juga Umie. Lokasi kali ini adalah Johnny's Restaurant ( offer Thai's Steamboat ). Makanan dia nampak sikit, tapi amat mengenyangkan. So, dibawah nih ada berapa keping gambar menu yang kami pesan dan jugak gambar yang lain.

Ini adalah menu yang dipesan oleh Umie...thumb's up yer Umie...nama menu nih aku tak tahu but it's got to do with pineapple...betul tak umie?

Ini pula adalah menu pilihan aku...jamah dulu baru tangkap gambar

Ini pula adalah menu yang dipesan oleh Azza...nama menu nih aku tak tahu but it's got to do with manngo...betul tak Azza?

Ini pula adalah desert kami pilih...actually aku yang pilih...hehehe...BANANA SPLIT...sorang satu scoop ice cream...aku pilih coklat, umie vanilla dan azza pula strawberry

Basically, this is our menu for berbuka. Dengan side dishes iaitu seafood tomyam, lauk daging dan manggo salad. Memang kenyanglah kitorang makan. Akan tetapi, selepas 20min senyap tanpa sebarang kata datang mulut kami yang sedang mengunyah makan ini. Inilah hasilnya....

Habis semua cik kiah, anak sapalah nih...lapar bebenar kah? Ish ish ish!...hahahahahaha...Then finally, look who's finally showed up at Johnny's to join us berbuka...

It's none other than Zoora with her Gnola and her Little Gnola in the oven.
Selepas segala pembayaran bil telah dibayar. Kitorang pun singgahlah satu kedai. Kedai apa yang aku maksudkan, tgk sajerlah...

Hahahahaha...Big Apple Donuts, kawan aku 2 orang nih maybe beli untuk sahur. Tapi aku beli untuk My Sister and Nieces at home. Lagipun anak buah aku si Along dan Angah tuh trial SPM hari nih. So, aku belikanlah donut untuk dorang makan time study tuh. Good Luck. -to be continue-