Alhamdulillah...Puasa Kesepuluh dan Sebelas.

Assalamualaikum...apa kabar semua? Wah! Sedar atau tidak, dah masuk sepuluh hari kita berpuasa. Pergh! Cepat betul masa berlalu. Well, hari nih aku tak banyak aktiviti yang aku lakukan. Cuma abg dan akak aku jer pada mulanya mengajak aku ker Nilai 3, tetapi berubah fikiran dan hanya nak duduk rumah sajer. Ini kerana cuaca tengahari semalam memang agak terik. Then nak menuju ke petang tuh, abg aku ajak pi Terminal One dan aku pun set jer. Abg aku pada mulanya nak beli seluar sahaja...tetiba berubah fikiran bila kat Parkson terminal tuh, ada plak sale sehingga 70%. Just imagine harga baju dan seluar yang berharga RM 120 lebih...jatuh hingga ke RM 30. Abg aku dan aku pun apa lagi, dengan berbekalkan RM 100 sahaja setiap seorang, kami dapat 2 helai baju jenama RENOMA dan sehelai seluar khakis hitam...MEMANG BERBALOI. Balik saja dari terminal, kitorang shoot terus ker Bazaar Ramadhan Paroi ( Stadium ). Kitorang beli juadah berbuka yang ala kadar sahaja. Setiba sahaja ke rumah, aku pi tolong abg ipar aku membersihkan halaman rumah...setelah selesai semua, sudah sampailah untuk berbuka.

Hari nih bermulalah semester baru di kolej. Dengan aku mengajar 5 subjek Grafik, dimana 2 daripada 5 subjek itu adalah subjek lama aku dulu....iaitu IMAGE MANIPULATION dan COMPUTER APPLICATION IN ART DAN DESIGN. Manakala 3 subjek yang lain adalah baru bagi diri aku. Dengan itu aku telah meminta bantuan dari rakan sepejabat aku ADLINA juga bekas rakan sepejabat dan all time friend ZAIDI. Terima kasih kepada mereka kerana telah memberi bantuan dalam tempoh yang amat singkat.Selain daripada itu, hari ini bermulalah kami sebagai ecturer2 kat Cosmopoint menggunakan sistem Timesheet yang berkaitan ngan MBO PLANNING. Pada mulanya, ingatkan macam payah sangat...tapi ALHAMDULILLAH, semuanya senang nak buat. Sepatutnya timesheet nih perlu dibuat sehari sekali...memandangkan aku amat rajin, aku buatlah untuk seminggu. Hari sabtu nanti, aku akan buat untuk minggu depan plak...hahahahaha.

Selepas seharian bekerja, sudah tiba masanya untuk aku balik dan pergi menjemput kekasihku SU untuk pergi berbuka sama-sama. So, kitorang dah plan nak berbuka kat KENNY ROGERS.( Jaya Jusco Seremban 2 ) Oklah, tidaklah mahal sangat sepertimana yang aku jangkakan. Dibawah nih adalah picture masa kitorang berbuka tadi.


ini adalah menu pilihan aku
( quarter chicken with macaroni cheese, mashed potatoes and garlic parsley potatoes )


ini adalah menu pilihan su
( quarter chicken with coleslaw, mashed potatoes and BBQ baked beans )

ini pula adalah minuman pilihan kami
( Caffe Mocha Iced Blends, Cappucino Iced Blends dan Home Made Chocolate & Banana muffins )

jemput makan semua...Selamat Berbuka

So itulah dia apa yang berlaku sepanjang dua hari ini. Ini baru hari ini, belum lagi sabtu akan datang dan 12hb September nanti. I just can't wait. -to be continue-

3 comments:

azza said...

hahahaha...xblh blah btl..g buke pose pn xtggl kan cosmo pnye "tali" tue...cosmo di hatiku ek...cayelah amar..:p

Amar Shah said...

hahahaha...kecoh jer kan?

cyruscope said...

besh besh! ber blog dah skg.. kawein nnti jgn lupa dude
~

p/s: u will owes be the best dude ever.. trust me~