Alhamdullillah...Puasa Kelapan dan Sembilan

Assalamualaikum...apa kabar semua? dua hari nih tak banyak aktiviti yang aku lakukan. Ini kerana hujung minggu dan kita berada di bulan Ramadhan. So, aktiviti aku terbatas hanya dirumah sahaja. Hari Sabtu aku hanya duduk dirumah dan mengerjakan ibadah puasa seperti biasa. Cuma malamnya itu selepas terawih, 2 orang kawan ( boss dan ayen ) aku telah menelefon aku untuk mengajak aku keluar minum teh.Selesai berborak dan berlawak, kitorang sependapat untuk pergi ke Bazaar Ramadhan di Senawang. Actually di Seremban sahaja ada banyak lokasi Bazaar Ramadhan nih, antaranya di Ampangan, Senawang, Paroi Jaya sendiri ada dua lokasi ( iaitu di Stadium dan juga bekas tapak Kem Paroi ), di bandar Seremban ( di Terminal One ) dan Seremban 2. Tetapi antara bazaar2 berikut cuma Senawang, Ampangan dan Paroi Jaya sahaja yang buka sampai malam untuk menjual persiapan Hari Raya.


Beginilah suasana Bazaar Ramadhan ketika aku pergi arituh...tak berapa ramai orang.


Cuba teka siapakah gerangan orang yang berbaju merah di penjuru belah kiri gambar ini?...hehehehe..

Hari Ahad pula, akak aku dari KL dan juga abg aku dari Johor datang Seremban untuk berbuka sama. Punyalah banyak hidangan pada hari ini. Yang pastinya Ikan Pari Bakar kegemaran aku ada. Berseleralah aku makan tadi, lupa tentang diet...hahahahaha. Then selepas Terawih, ExStudent Cosmo ( group 5pokes ) telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hal berkaitan dengan majlis berbuka puasa. Kalau ketahui maklumat lanjut tentang apa yang telah dibincangkan....sila klik pada link berikut : http://www.facebook.com/home.php#/topic.php?uid=100369277090&topic=9212

Setelah habis berbincang, aku, Jazim dan juga Am telah pergi ke Senawang untuk berjumpa pula dengan Boss, Ayen dan Abu. Betapa menyesalnya aku untuk minum disana. Apa tak nyer, penuh sajer ngan Mat Rempit dan Minah Rempit. Al-Maklumlah, malam kemerdekaan...so malam tuh malam kemerdekaan doranglah. Dengan bunyi motor yang bising dan asap yang menyakitkan tekak dan hati...Merdekalah sangat. Bawak jer bendera ke hulu ke hilir...merdekakah tuh?. Semak kepala lah korang nih tahu tak!!!!.

Well besok sambutan merdeka, so bagi sesiapa yang baca blog aku nih...Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52.

RAKYAT DIDAHULUKAN,
PERCAPAIAN DIUTAMAKAN

0 comments: