Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...

Hari nih dah masuk hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Tinggal sehari jer lagi nak berpuasa, kendian ketibaan hari yang ditunggu selama sebulan...Hari Raya AidilFitri. Semuanya sudah selesai keje aku....cuma aku nak membersihkan tingkap dan tolong akak aku mengemas umah jer. Alhamdulillah, akak aku dari KL (kak intan) dah sampai...so, kak na bolehlah concentrate untuk mengemas umah dia. Ini kerana kak intan aku nih pandai memasak...boleh dikatakan tiap-tiap raya dia yang masak lauk rendang, lodeh, sambal kacang dan ayam masak merah.

Alhamdulillah, nampak gayanya semua adik beradik ku akan datang Seremban pada raya pertama, cuma abg aku (abg edi) jer yang beraya dikampung isteri dia kat Kahang. Raya kedua baru aku dah adik beradik aku yang lain balik Kluang. Aku akan stay lama sikit kat Kluang...kak na satu family dan kak intan jer yang akan balik Seremban semula pada raya ketiga nanti.

Selamat Hari Raya ingin aku ucapkan kepada kawan-kawan diatas segala kesalahan dan kesilapan ketika bertutur, berkelaluan dan tindakan yang aku buat selama ini. Tidak lupa juga kepada sayangku Suria...abang ingin meminta maaf atas segala perbuatan yang abang telah buat untuk sakitkan dan kecilkan hati sayang selama ini. InsyaAllah, abang takkan ulangi dan abang akan cuba hindari semua itu. Abang sayang dan cintakan Su. Selamat Hari Raya...sayang. Jumpa dirumah sayang raya pertama nanti er?

That's all for now, until my next post berkaitan raya...Assalamualaikum.

Mengemas Umah, Restoran Rakyat dan Merdeka!

Assalamualaikum....

Hari Isnin 30hb Ogos. Kebanyakkan orang ada yang bekerja dan ada juga yang mengambil cuti pada hari ini. Kenapa? Pasal kalau dorang amik cuti, dorang dapat cuti 4 hari straight. Start dengan Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa (31hb Ogos...Merdeka!). Jadi aku tergolong dalam mereka yang mengambil cuti. Kenapa aku amik cuti? Sebab pertama, semalamnya sibuk dan penat pergi ke Jalan TAR dengan Su. Sebab yang terakhir, aku sudah berjanji dengan akak aku yang aku akan kemas umah dan dia membuat kek raya.

Plannya begini, aku kena mencuci kipas siling umah akak aku, mencuci tingkap dan grill dan mencuci toilet. So, apa yang aku mampu buat pada hari Isnin nih adalah mencuci kipas siling. Kipas siling umah akak aku nih bukan setakat satu atau dua...tapi 12 kipas. Bayangkanlah aku turun naik tangga 12 kaki tuh. By the time tengahari, aku dah tak larat nak sambung mencuci tingkap dan grill dan lain. Cukuplah setakat 12 kipas siling tuh.

Selepas solat Zohor, aku pun bersiap untuk jemput Su di Kuala Pilah pasal dia nak beli barang untuk meeting minggu depan. Selapas selesai dia buat keje, kitorang pun balik ke Seremban tapi sebelum tuh kitorang hantar Nad (kawan dan pekerja Su) balik ke rumahnya di Senawang. Time pada masa tuh menunjukkan sudah pukul 7PM...aku dan su pun pergi ke Restoran Rakyat di Rahang untuk berjumpa dengan kawan-kawan aku ( Ayen, Pairzal Mambau, Fitri dan Hidayah) untuk berbuka bersama.



















Just imagine, dengan RM23 korang akan menikmati juadah berbuka sebegini banyaknya. Cukup berbaloi makan kat sini. Lauknya sedap, daging kambingnya best dan special punya Murtabak. Penuh satu table kitorang jer yang makan. Meja lain penuh, makan untuk belasan orang. Kitorang meja penuh makan untuk 6 orang...hahahahaha.

Selasa (31hb Ogos...Merdeka! Merdeka! Merdeka!)

Orang lain sibuk dengan merdeka, aku kat umah sibuk ngan membasuh grill tingkap sajer. Tingkap kat umah akak aku nih plak bukan sikit..punyalah banyak...buat sakit hati jer kalau aku kira. Buat punya buat lepas Zohor, aku boleh terlelap sampai nak berbuka...tertunda lagi keje nih...haduih!.

Bangun-bangun jer akak aku kata dia tak masak, pasal dia satu family berbuka di rumah adik ipar dia. Haduih! lagi satu jam lagi nak berbuka...aku pun dengan pantas masak nasi, potong bawang besar, cili merah, keluarkan chicken ball dan mix vegetables dari freezer, pukul telur ayam 3 biji, keluarkan rencah nasi goreng ADABI dan mayonis. Apa yang aku mampu buat dengan semua bahan-bahan tuh?

Hah! itu dia Nasi Goreng Kampung dengan Chicken Balls, Telur Dadar Mayonis, Roti Gardenia Delicia Butterscotch, Air Suam dan kurma.

It's not so fancy, but it's oklah. Selera orang bujang cukuplah dengan apa yang ader nih. Hehehehehehe...bon appetite.

That's all folks...till my next post.

Shopping Raya with My Love and Friends

Assalamualaikum....

Memandangkan raya nak dekat, Su masih belum beli barang keperluan raya untuk dirinya. So, kebetulan hari yang sama si Ayen dan Yang pun nak pergi jalan TAR (Tunku Abdul Rahman). Jadinya kitorang berempat pun pergilah bersama-sama ke jalan TAR.

Perjalanan kitorang bermula pukul 12PM, dimana aku pergi mengambil Su di rumah sebelum pergi menjemput Ayen dan Yang. Kebetulan waktu yang sama juga, sepupu Su ingin menumpang kitorang balik ke Sri Petaling...apa salahnya, dah one way. So, kitorang pun bertolak dari Seremban lebih kurang pukul 1.

Plan asalnya mahu ke jalan TAR dahulu sebelum pergi ke Wangsa Maju Walk, Wangsa Maju. Bila difikirkan balik, jalan TAR mesti mengambil masa yang agak lama. So, kitorang pergi ke Wangsa Maju Walk terlebih dahulu. Sampai disana, bermulalah operasi shopping. Aku dan Su bawa haluan sendiri, manakala Ayen dan Yang buat hal sendiri. Round punya round, takder satu pun yang berkenan di hati Su (the last time aku pergi, memang banyak pilihan baju kat sini).

Ini adalah antara gambar yang sempat aku ambil di pintu masuk Wangsa Maju Walk. Time nih panasnya kat depan pintu tuh Tuhan saja yang tahu.

Ini belum pergi ke Jalan TAR lagi nih. Time nihlah aku terbau kesedapan sandwich SUBWAY. Ya Allah dugaan pada hari nih sememangnya hebat sekali.



Selesai sahaja kitorang disini, kitorang pun mengorak langkah ke jalan TAR. Pada awalnya kitorang plan nak naik LRT jer dari Wangsa Maju nih...pasal takut jam teruk kat sana (al maklumlah, hujung minggu). Then kitorang decided, try jer lah. Alhamdulillah, sampai kat sana sememangnya jam...tapi kitorang dapat parking kat CAPSQUARE KL dengan harga RM2 per entry.













Bermulalah pula operasi Jalan TAR. Kitorang mengambil masa yang agak lama ketika berada kat sini. Dengan cuaca yang agak panas dan dugaan yang maha dahsyat, kitorang berjaya menakluki Jalan TAR. Dari Sogo hinggalah ke Jalan Masjid India...telah aku terokai setiap kedai yang ader. Sepanjang perjalanan itulah Su berjaya memiliki 2 pasang baju kurung moden dan sepasang kebaya yang aku pilih. Disebabkan itulah Su yang demam dari awal jadi tidak bermaya. Kebetulan jam pun menunjukkan pukul 6.45PM menunjukkan time untuk mencari port berbuka. Since kitorang pun kepenatan dan kehausan, kitorang berbuka di sebuah kedai menjual air buah gelas bersaiz besar.

Alangkah nikmatnya berbuka dengan air jus oren bergelas besar, nasi goreng kampung telur mata dan orang yang aku sayang di sebelah. Su pula berbuka dengan nasi goreng ayam dan air tembikai laici. Selepas berbuka, kitorang berempat plan nak ke downtown Cheras...tapi sampai jer kat sana...satu kedai pun belum buka lagi. So, kitorang pun baliklah.

Then selepas hantar Ayen dan Yang, aku dan Su pun pergi ke Man Tom Yam Seremban. First of all, kitorang kesana pasal Raja ajak aku minum. So, kitorang pergilah sana dan order Tom Yam Ayam dan Tom Yam Campur. Tidak lama kemudian kitorang bertiga di "join" oleh Ijal, Jijan dan Aboy. Borak punya borak, jam menunjukkan pukul 11.00PM. Dah agak lewat, Su pun dah letih...so kitorang pun baliklah dulu.

That's all...hehehehehe...till my next post. Assalamualaikum.

Majlis Berbuka ngan ExCosmo Seremban

Assalamualaikum...

Sabtu yang lalu aku dan beberapa orang kawan dari Cosmopoint menghadiri majlis berbuka di Restoran Sri Aden Warisan Puteri. Mereka yang hadir adalah seperti aku, Raja, Azir dan wife, Ijal, Amly dan pasangan, Anoy dan kawan, Ali, Ijoy, Shah dan Khairil. Actually ramai lagi yang dijemput...tapi masing2 punyai hal masing2 yang tak dapat dielakkan.

Tempatnya pada mulanya aku fikirkan susah bebenor nak cari. Actually it's quite easy to find. Pergi sahaja ke Warisan Puteri dan korang akan nampak signboard restorang di roundabout Warisan Puteri tuh...then ikut jer lah signboard tuh.

so, inilah Restoran Sri Aden Warisan Puteri. Dari segi interior bagi aku boleh lah...bangunan nih pun aku rasa dulunya adalah showroom Taman Warisan Puteri...itu pun kalau tak silap aku lah.

Dengan berbayar RM25 seorang, kitorang makan chinese course. Lauknya adalah sup sayur, udang goreng tepung, ikan siakap masak 3 rasa, ayam masak kungfu, sayur kangkung goreng, air tembikai 3 jug dan air mangga 3 jug. Bagi aku oklah...cuma aku lebih prefer buffet.

Well, selesai jer berbuka...kitorang lepak dulu then barulah kitorang balik. That's all.