Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...

Hari nih dah masuk hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Tinggal sehari jer lagi nak berpuasa, kendian ketibaan hari yang ditunggu selama sebulan...Hari Raya AidilFitri. Semuanya sudah selesai keje aku....cuma aku nak membersihkan tingkap dan tolong akak aku mengemas umah jer. Alhamdulillah, akak aku dari KL (kak intan) dah sampai...so, kak na bolehlah concentrate untuk mengemas umah dia. Ini kerana kak intan aku nih pandai memasak...boleh dikatakan tiap-tiap raya dia yang masak lauk rendang, lodeh, sambal kacang dan ayam masak merah.

Alhamdulillah, nampak gayanya semua adik beradik ku akan datang Seremban pada raya pertama, cuma abg aku (abg edi) jer yang beraya dikampung isteri dia kat Kahang. Raya kedua baru aku dah adik beradik aku yang lain balik Kluang. Aku akan stay lama sikit kat Kluang...kak na satu family dan kak intan jer yang akan balik Seremban semula pada raya ketiga nanti.

Selamat Hari Raya ingin aku ucapkan kepada kawan-kawan diatas segala kesalahan dan kesilapan ketika bertutur, berkelaluan dan tindakan yang aku buat selama ini. Tidak lupa juga kepada sayangku Suria...abang ingin meminta maaf atas segala perbuatan yang abang telah buat untuk sakitkan dan kecilkan hati sayang selama ini. InsyaAllah, abang takkan ulangi dan abang akan cuba hindari semua itu. Abang sayang dan cintakan Su. Selamat Hari Raya...sayang. Jumpa dirumah sayang raya pertama nanti er?

That's all for now, until my next post berkaitan raya...Assalamualaikum.

1 comments:

cyruscope said...

slamat hari raya bro!!!