Mengemas Umah, Restoran Rakyat dan Merdeka!

Assalamualaikum....

Hari Isnin 30hb Ogos. Kebanyakkan orang ada yang bekerja dan ada juga yang mengambil cuti pada hari ini. Kenapa? Pasal kalau dorang amik cuti, dorang dapat cuti 4 hari straight. Start dengan Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa (31hb Ogos...Merdeka!). Jadi aku tergolong dalam mereka yang mengambil cuti. Kenapa aku amik cuti? Sebab pertama, semalamnya sibuk dan penat pergi ke Jalan TAR dengan Su. Sebab yang terakhir, aku sudah berjanji dengan akak aku yang aku akan kemas umah dan dia membuat kek raya.

Plannya begini, aku kena mencuci kipas siling umah akak aku, mencuci tingkap dan grill dan mencuci toilet. So, apa yang aku mampu buat pada hari Isnin nih adalah mencuci kipas siling. Kipas siling umah akak aku nih bukan setakat satu atau dua...tapi 12 kipas. Bayangkanlah aku turun naik tangga 12 kaki tuh. By the time tengahari, aku dah tak larat nak sambung mencuci tingkap dan grill dan lain. Cukuplah setakat 12 kipas siling tuh.

Selepas solat Zohor, aku pun bersiap untuk jemput Su di Kuala Pilah pasal dia nak beli barang untuk meeting minggu depan. Selapas selesai dia buat keje, kitorang pun balik ke Seremban tapi sebelum tuh kitorang hantar Nad (kawan dan pekerja Su) balik ke rumahnya di Senawang. Time pada masa tuh menunjukkan sudah pukul 7PM...aku dan su pun pergi ke Restoran Rakyat di Rahang untuk berjumpa dengan kawan-kawan aku ( Ayen, Pairzal Mambau, Fitri dan Hidayah) untuk berbuka bersama.



















Just imagine, dengan RM23 korang akan menikmati juadah berbuka sebegini banyaknya. Cukup berbaloi makan kat sini. Lauknya sedap, daging kambingnya best dan special punya Murtabak. Penuh satu table kitorang jer yang makan. Meja lain penuh, makan untuk belasan orang. Kitorang meja penuh makan untuk 6 orang...hahahahaha.

Selasa (31hb Ogos...Merdeka! Merdeka! Merdeka!)

Orang lain sibuk dengan merdeka, aku kat umah sibuk ngan membasuh grill tingkap sajer. Tingkap kat umah akak aku nih plak bukan sikit..punyalah banyak...buat sakit hati jer kalau aku kira. Buat punya buat lepas Zohor, aku boleh terlelap sampai nak berbuka...tertunda lagi keje nih...haduih!.

Bangun-bangun jer akak aku kata dia tak masak, pasal dia satu family berbuka di rumah adik ipar dia. Haduih! lagi satu jam lagi nak berbuka...aku pun dengan pantas masak nasi, potong bawang besar, cili merah, keluarkan chicken ball dan mix vegetables dari freezer, pukul telur ayam 3 biji, keluarkan rencah nasi goreng ADABI dan mayonis. Apa yang aku mampu buat dengan semua bahan-bahan tuh?

Hah! itu dia Nasi Goreng Kampung dengan Chicken Balls, Telur Dadar Mayonis, Roti Gardenia Delicia Butterscotch, Air Suam dan kurma.

It's not so fancy, but it's oklah. Selera orang bujang cukuplah dengan apa yang ader nih. Hehehehehehe...bon appetite.

That's all folks...till my next post.

0 comments: