Shopping Raya with My Love and Friends

Assalamualaikum....

Memandangkan raya nak dekat, Su masih belum beli barang keperluan raya untuk dirinya. So, kebetulan hari yang sama si Ayen dan Yang pun nak pergi jalan TAR (Tunku Abdul Rahman). Jadinya kitorang berempat pun pergilah bersama-sama ke jalan TAR.

Perjalanan kitorang bermula pukul 12PM, dimana aku pergi mengambil Su di rumah sebelum pergi menjemput Ayen dan Yang. Kebetulan waktu yang sama juga, sepupu Su ingin menumpang kitorang balik ke Sri Petaling...apa salahnya, dah one way. So, kitorang pun bertolak dari Seremban lebih kurang pukul 1.

Plan asalnya mahu ke jalan TAR dahulu sebelum pergi ke Wangsa Maju Walk, Wangsa Maju. Bila difikirkan balik, jalan TAR mesti mengambil masa yang agak lama. So, kitorang pergi ke Wangsa Maju Walk terlebih dahulu. Sampai disana, bermulalah operasi shopping. Aku dan Su bawa haluan sendiri, manakala Ayen dan Yang buat hal sendiri. Round punya round, takder satu pun yang berkenan di hati Su (the last time aku pergi, memang banyak pilihan baju kat sini).

Ini adalah antara gambar yang sempat aku ambil di pintu masuk Wangsa Maju Walk. Time nih panasnya kat depan pintu tuh Tuhan saja yang tahu.

Ini belum pergi ke Jalan TAR lagi nih. Time nihlah aku terbau kesedapan sandwich SUBWAY. Ya Allah dugaan pada hari nih sememangnya hebat sekali.



Selesai sahaja kitorang disini, kitorang pun mengorak langkah ke jalan TAR. Pada awalnya kitorang plan nak naik LRT jer dari Wangsa Maju nih...pasal takut jam teruk kat sana (al maklumlah, hujung minggu). Then kitorang decided, try jer lah. Alhamdulillah, sampai kat sana sememangnya jam...tapi kitorang dapat parking kat CAPSQUARE KL dengan harga RM2 per entry.













Bermulalah pula operasi Jalan TAR. Kitorang mengambil masa yang agak lama ketika berada kat sini. Dengan cuaca yang agak panas dan dugaan yang maha dahsyat, kitorang berjaya menakluki Jalan TAR. Dari Sogo hinggalah ke Jalan Masjid India...telah aku terokai setiap kedai yang ader. Sepanjang perjalanan itulah Su berjaya memiliki 2 pasang baju kurung moden dan sepasang kebaya yang aku pilih. Disebabkan itulah Su yang demam dari awal jadi tidak bermaya. Kebetulan jam pun menunjukkan pukul 6.45PM menunjukkan time untuk mencari port berbuka. Since kitorang pun kepenatan dan kehausan, kitorang berbuka di sebuah kedai menjual air buah gelas bersaiz besar.

Alangkah nikmatnya berbuka dengan air jus oren bergelas besar, nasi goreng kampung telur mata dan orang yang aku sayang di sebelah. Su pula berbuka dengan nasi goreng ayam dan air tembikai laici. Selepas berbuka, kitorang berempat plan nak ke downtown Cheras...tapi sampai jer kat sana...satu kedai pun belum buka lagi. So, kitorang pun baliklah.

Then selepas hantar Ayen dan Yang, aku dan Su pun pergi ke Man Tom Yam Seremban. First of all, kitorang kesana pasal Raja ajak aku minum. So, kitorang pergilah sana dan order Tom Yam Ayam dan Tom Yam Campur. Tidak lama kemudian kitorang bertiga di "join" oleh Ijal, Jijan dan Aboy. Borak punya borak, jam menunjukkan pukul 11.00PM. Dah agak lewat, Su pun dah letih...so kitorang pun baliklah dulu.

That's all...hehehehehe...till my next post. Assalamualaikum.

0 comments: