Alhamdullillah...Puasa Ketujuh

Assalamualaikum, semua?...apa kabar?. Alhamdulillah, hari ini genaplah seminggu kita semua berpuasa. Hanya tinggal 3 mingg sahaja lagi untuk kita raikan Hari Raya Aidilfitri. Bagaimana persiapan? Aku sendiri setakat nih persiapan pun hanya ala kadar jer. Sambutan raya kali ini pun aku tak sambut semeriah dahulu. Kali ini aku sambut raya sebagai anak yatim piatu sahaja...sambut pun dengan adik beradik aku jer. As long as I've got them by my side...raya will be raya but not as meriah as dulu-dulu.

Hari ini hujan di belah pagi, memang agak berat untuk aku bangun pagi tadi. Tetapi aku kuatkan juga semangat untuk mencari rezeki. Dalam kekalutan aku nak pergi kerja tadi, aku terlupa nak bawak dompet. Sampai college tadi baru aku perasan pocket belakang seluar aku terasa ringan. Rupanya dompet aku tetinggal di dalam seluar jeans yang aku pakai semalam. So, hari ini aku keluar keje tanpa membawa sebarang document yang mengatakan aku nih rakyat Malaysia. Hahahahaha...padan muka aku.

Hari ini aku interview 2 orang lagi candidate untuk jawatan Multimedia Lecturer. Sepatutnya seorang sahaja, since candidate² sebelum ini seorang ( yang sudah di approve oleh Dato' ) tak jadi nak kerja dengan Cosmopoint nih dan sorang lagi tuh Dato' reject..so, terpaksalah aku interview 2 orang candidate baru. Seorang dari USM dan bekas pelajar Cosmopoint Muar dalam course Diploma in Multimedia...manakala seorang lagi pula ( rakan sekelas dan satu batch dengan candidate yang tak nak kerja dengan Cosmo tuh ) dari MMU. Aku rasa dua² candidate punya advantage masing². Kita tunggu dan lihat apa kata Dato' Idrus nanti.

Hari ini agak boring sedikit, ini kerana Tukang Kata ( Azza ) cuti awal. Dia nak berbuka dengan family kat kampung dan celebrate merdeka sekali ler tuh. Kalau tak dalam bilk lecturer nih suara dan lawak jer lah. At least tak ler boring sangat. Hahahahaha...ok, that's all for today - to be continue -

0 comments: