Selamat Berpuasa....Puasa Pertama.

Pagi ini bermulalah bulan Ramadhan iaitu bulan mulia dan bulan yang penuh ngan pahala. Seperti biasa, kita bermula ngan bersahur. Pagi ini aku hanya makan Kellog's Cornflakes 2 mangkuk sajer dan air masak. Al-Maklumlah dalam usaha untuk mengecilkan saiz badan...hehehehe. Selepas subuh, aku pun mulalah sesi blogging nih. Hari nih aku akan kerja setengah hari (Sabtu), then aku tak tahu nak buat apa. Selepas berbuka dan terawih nanti, Azza nak ajak aku pi LCCT. Buat apa itu kena tanya dia sendiri. Tapi puasa hari pertama ini, aku agak risau jugak. Su demam plak, agak panas jugak badan dia semalam. Itu yang aku bawa dia ke klinik, aku dah takut dia kena H1N1...alhamdullilah, dia hanya demam kerana tonsil belah kiri dia kena jagkitan kuman. Harap-harap dia cepatlah sembuh, agar dia dapat jalani ibadah puasa ngan selesa. Ok setakat itu sajer untuk pagi ini, malam karang lepas balik LCCT kita bersambung yer.

1 comments:

azza said...

moge sue cpt sembuh yer..nti leh buke pose same2 ngn amar..huhuhu..
ala..xyah lah mention psl nk p lcct tue...diam2 sudah..bocorlah rahsia kite wat part time job kt situ..ahahaha...