Puasa hari ke-23

Assalamualaikum. Hari ini aktiviti aku adalah membersihkan umah akak aku sempena nak menyambut Hari Raya nih. First of all, selepas sahur pagi tadi...aku layan movie "The Happening" lakonan Mark Wahlberg dan arahan M.Night Shyamalan. Agak interesting jugak cerita nih. Ianya menceritakan tentang apa yang akan berlaku jika Alam Sekitar mula bertindak atas kealpaan kita di bumi ini. Then, selepas aku tengok movie tuh...aku pun lelapkan mata jap dan tepat jam 9.30am , aku mulakan kerja pembersihan rumah akak aku nih. Semua kipas di rumah akak aku nih bersih aku kerjakan. Boleh terasalah angin dia kalau buka kelajuan rendah.

Setelah selesai kerja-kerja aku dan aku pun tak tahan dengan kegatalan badan yang teramat. Aku pergi membersihkan diri dan lalu melelapkan mata. Sedar-sedar jam menunjukkan jam 6.10pm. Aku pun bergegas untuk pergi ke Bazaar Ramadhan Stadium Paroi untuk membeli juadah berbuka. Hari nih aku berbuka sendirian, kerana akak aku sekeluarga berbuka dirumah abang iparnya. Aku hanya berbuka nasi ayam, air cincau dan air nestle bliss. Oklah nih daripada tak berbuka langsung.

Oh! By The Way, kalau nak tengok pic Majlis Berbuka Puasa di Kelab Tasik Putrajaya semalam. Tunggu akan keluaran post aku yang akan datang. Ok -to be continue-

0 comments: