Puasa hari ke-21

Hari nih dua orang candidate lecturer multimedia yang aku ceritakan pada post yang telah memulakan tugas mereka. So, banyak lagi yang mereka perlu belajar tentang kerja di cosmopoint ini. Well, so far they seem to be ok with the students. Seorang tuh bernama Yang Najihah ( Yang ) dan seorang lagi tuh bernama Nurul Bahiyah ( Nurul ). Since aku pernah mengajar course Multimedia, so banyaklah persoalan yang mereka tanya pada aku. Aku tak kisah, mana yang aku tahu...aku akan share bersama mereka.

Hari nih juga for the first time, aku dapat confirmation letter , annual leave dan warning letter dari Jothi. Part confirmation letter dan annual leave tuh memang aku nanti-nantikan sangat. Apa tak naknya...minggu depan nak raya. Cuti setakat hari selasa jer, cepat sangat tuh. So, dengan adanya confirmation letter dan annual leave ( 3 hari jer )...bolehlah aku beraya lama sikit. Tapi yang buat spoilnya adalah warning letter atau kata Jothi "Reminder Letter". Sebabnya aku tak pergi melawat student-student multimedia yang praktikal. Macam mana aku nak pergi dengan jadual penuh sem lepas, then aku yang baru masuk tetiba kena plak jaga bebudak nih..tanpa reference. Ahhhh! lantaklah...ko nak bagi apa ko bagilah. Asalkan jangan bagi love letter....eeeeee! penuh ngan dakwat jer.

0 comments: