Puasa hari ke-25

Assalamualaikum. Apa kabar semua? Aku seperti biasa sihat sajer. Cuma seawal pagi tadi semasa sahur aku dikejutkan dengan satu perkara yang amat aku takuti. Akak aku sesajer nak check darah aku, nak tengok kandungan gula dalam darah aku. Dengan menggunakan alat bacaan kandungan gula dalam darah, akak aku pun mengambil darah aku sikit dihujung jari manis tangan kiri aku. Alangkah terperanjatnya aku bacaan gula dalam darah aku agak tinggi. Tapi tidak setinggi akak semasa dia check kat hospital arituh. Pergh! aku agak risau jugak, nampak gayanya aku terpaksa tinggalkan makanan-makanan manis dan penuh dengan karbohidrat. Nampak gayanya aku kena pergi check kat klinik untuk tengok bilangan kolestrol dan minta prescription untuk masalah kesihatan aku nih. Sepertimana arwah ayah dan mak aku, aku jugak maybe akan bergantung pada ubat untuk kawal masalah ini. Aku kena kawal masalah ini as soon as possible kerana petang tadi hospital telah call aku untuk memberitahu tarikh operation aku. Aku dijangkakan akan jalani operation pada 22hb Oktober depan. Aku kena kawal masalah gula dalam darah aku nih, kalau tidak ianya akan memberi kompikasi pada pembedahan aku nanti. Kalau boleh aku nak jalani operation ini dilakukan secepat mungkin, aku dah tak mahu menunggu lama lagi.

Well, dengan aku dalam status kerisauan...aku telah mengajak Su untuk berbuka bersama untuk kali terakhir sebelum aku balik ke Kluang jumaat nanti. Hilang sedikit kerisauan aku bila dapat tatap wajah dia. Aku pun ceritakan pada dia masalah aku, dia pun berkongsi kerisauan aku. Thank you, sayang.

Then kitorang pun pergi berbuka di Jaya Jusco, kat food court Aneka tuh. Kitorang order menu western. Punyalah ramai kat situ bila time nak berbuka. Well, picture-picture dibawah adalah antara picture yang sempat aku snap.

ini adalah menu yang aku pilih ( beef steak with mushroom sauce + air mineral )

ini adalah menu yang Su pilih ( chicken grilled with black pepper sauce + watermelon milk shake )

Since aku dah tak boleh mengambil makan manis lagi, so dialah pemanis yang aku perlukan dalam hidup ini. Thank you sayang for sharing my problems. Love you Suria Mohammad. - to be continue -

0 comments: