downtown dan bershopping raya....puasa ke-14 dan ke-15

Assalamualaikum. Puasa hari Jumaat ( hari ke-14 ), tak banyak aktiviti aku pada hari itu. Kawan-kawanku masing-masing punyai agenda tersendiri. Manakala aku hanya berbuka puasa dirumah sahaja. Tetapi selepas terawih, kawan aku si Fitri ( Boss ), telah telefon aku dan mengajak aku keluar. Dalam pukul 9.50pm gitu, dia pun datang mengambil aku dirumah. Dalam jangkamasa yang sama aku perhatikan, ada 2 orang lagi di dalam kereta Boss yang baru repair tuh. 2 orang itu adalah Ayen dan jugak Am. Pada jangkaan awal aku, maybe Boss ajak minum kat Seremban 2, tapi kenapa tetiba dia masuk highway menuju ke arah Kuala Lumpur. Gambar dibawah adalah destinasi yang kami tujui.

Gambar ini menunjukkan tempat ini macam tidak sesak...tapi actually tempat nih, sungguh sesak dan penuh dengan kereta.

ini pula bila Boss menerajui kembara ini dan ikuti oleh Am...bukan main laju lagi si Boss berjalan...tapi dia kata dia mengantuk bila sampai kat sini...pelik aku, macam mana dia boleh mengantuk di tempat yang penuh dengan manusia nih...

masih lagi diterajui oleh Boss yang katanya nak beli barang untuk raya...kendian diikuti oleh Am dan jugak Ayen...mana ko nak bawak kitorang nih Boss...korang tahu tak kemana yang Boss bawak kitorang...nanti aku citer..

so, tahukah kamu dimanakah kami berada? bagi sesiapa yang tidak tahu...inilah dia Downtown Cheras...tempat nih boleh dikatakan setiap malam ader jualan kat sini. Jual baju, seluar, mainan, makanan, bundle dan macam-macam lagi dengan kadar harga yang berpatutan. Bukan orang biasa sajer yang jual kat sini, even artis Aida Aris pun ada jual kuih raya Enot kat sini. Haaaaaaa...korang tahu tak kemana yang Boss bawak kitorang pada malam tuh?...dia bawak kitorang MAKAN ANGIN jer...balik tangan kosong jer...huh!...

dah penat berjalan-jalan kosong jer, Ayen bawak kitorang ke KERAMAT. Kitorang lepak kat Kedai Air Buah Gelas Besar depan Masjid Keramat. Pergh! gelas biasa pun dah besar, belum order gelas yang besar...memang GIANT tak hingat. Then balik, ingatkan nak temankan Ayen drive, pasal Am dan Boss dah lelap dulu. Tengok aku pun dah tak larat...aku pun terlelap. Sedar-sedar jer dah sampai...laju betul si Ayen drive. Sampai rumah jer, aku terus tido...terima kasih Boss kerana memenatkan badan kitorang.

Puasa hari Sabtu ( hari ke-15 ), aku bangun awal ( walaupun masih letih hasil kerja Boss ) kerana hari ini aku ada plan dengan Su. Awal tak awal pun kul 12.00pm juga aku keluar rumah. First sekali, aku tukar motor dengan Abg Ramzan kerana motor aku sudah start mengeluarkan bunyian yang agak kasar dan kuat. Since, menantu dia bekas mekanik, dia pun offer untuk repair masalah motor aku itu...so, i said OK. Itu yang aku tukar motor dengan dia. Then aku pun bergegaslah ke rumah Su. Happynya dia bila dapat jumpa aku, actually aku lagi happy dapat jumpa dia.

Kendian selepas mengambil Su, kami berdua pun pergi KM Plaza untuk mencari baju raya. Cari punya cari, akhirnya aku yang jumpa dulu pakai rayaku. Aku jumpa sepasang baju melayu berwarna biru tua ( since theme color for this raya is blue ) yang mempunyai saiz aku...lega rasanya...al maklumlah org bersaiz besar...takut takder saiz plak...tapi alhamdulillah jumpalah sepasang. Then Su pun jumpa sepasang baju kurung berwarna biru ( cantik baju tuh, aku pun berkenan ) di kedai yang sama. Since aku sayangkan dia sangat-sangat, aku pun belikan dia baju itu sebagai Hadiah Anniversary. Then dia nak cari sepasang lagi baju raya, tapi kali nih dia nak pakai duit dia. Cari punya cari, akhirnya dia jumpa sepasang baju kurung yang amat cantik warnanya. Aku pun suka warna tuh, cuma macam susah nak cari tudung yang sepadan. Bila time nak beli tudung, memang kena cari betul-betul. Bila dah jumpa, aku pun belanja dia as an Anniversary Gift.

Kendian kami pergi ke Terminal One pula untuk mencari kasut. Aku beli Croc Shoes jer pasal aku selesa pakai kasut tuh selain ianya boleh dipakai untuk apa sajer aktiviti. Su pula beli kasut BATA kerana nak cari yang comforting dan cantik. Then di Parkson Terminal, pada mulanya sekdar jalan-jalan jer. Then ader plak brand Smart Connection buat offer BUY ONE, FREE ONE...dengan harga RM30++ boleh dapat 2 helai baju. Aku pun apa lagi, belilah sepasang.

After all said and done, kami pun lepak kejap kat Terminal sambil borak-borak. Tengok jam, masih ader 3 jam lagi sebelum berbuka. Jadi kitorang deside nak tengok wayang to kill the time. So, citer yang paling terdekat ialah animasi 3D Pixar studio...UP. Citernya oklah, sama macam animasi-animasi lain keluaran PIXAR Studios. Citer tuh habis kul 6.20pm, kitorang pun pi Bazaar Ramadhan Terminal One...kendian shoot ker benteng untuk berbuka.

inilah dia gerai Makcik di benteng yang selalu aku ngan kengkawan aku lepak selepas habis waktu kerja...dan gerai inilah aku berbuka bersama-sama buah hati aku...SU.

inilah dia menu berbuka aku dan Su...air sirap bandung + fresh orange + nasi goreng USA + nasi goreng CHINA (cina) + ayam percik (beli kat Bazaar Ramadhan Terminal One)...

inilah dia barang-barang yang kami beli untuk persiapan raya kami...seharian berjalan kat Terminal One dan KM Plaza bandar Seremban...kepada Suria Muhammad...i hope you like my Anniversary Gift...
Happy Anniversary and I Love You...-to be continue-

2 comments:

cyruscope said...

ayam percik itu sungguh besh!

Suria Home Biz said...

hee :) thanks cyg blanja su baju raya..cyg die ;)

n Happy Anniversary (",)...