Puasa hari ke-26 dan 27

Assalamualaikum. Apa kabar semua?. Aku setakat nih alhamdulillah, sihat seperti biasa. Cuma aku masih menantikan result medical checkup aku hari itu. Bagaimana agaknya result itu nanti kan?. Well, semalam aku berbuka dengan man, boss, ayen, rizal dan kawan-kawan mereka yang lain di Jaya Jusco. Pada mulanya, kitorang pergi ke Bazaar Ramadhan Seremban 2. Akhirnya, aku sampai jugak ke sana. Banyak jugak pilihan juadah berbuka kat sana, orang pun bukan main ramai lagi. Aku dan man masing-masing beli 2 jenis kuih dan air mata kucing. Yang lain pula hanya beli sejenis kuih jer. Tiba di Jaya Jusco, sudah menunjukkan jam pukul 6.50 pm. Time macam nih memang susah nak cari tempat nak berbuka kat Jaya Jusco tuh. Punyalah ramai orang, tuhan sajer yang tahu. Dengan bebudak nih tak beli air lagi dan mencari tempat punya pasal, akhirnya kitorang berbuka jer kat bangku kat luar Jaya Jusco tuh. Macam picnic plak rasanya...hahahaha. Then ingatkan bebudak nih nak berbuka kat Kenny Rogers...last-last tukar planning, semua sambung berbuka kat Restoran Victory ( Kedai Masakan Cina Muslim ) yang terkenal kat Seremban 2 nih. Aku kalau makan kat kedai nih, makanan kesukaan aku adalah Nasi Campur dia. Memang superb lah, sayur campur dengan daging ayam dan udang. Dahlah banyak, sedap plak tuh...memang lepas makan tuh, terasa kenyang sampai ke sahur.

Hari nih, setelah selesai semua lecturer dan staff bertadarus. Satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan oleh kelas Pengajian Islam bimbingan Cik Umi Hidayah dan jugak Majlis Perwakilan Pelajar Cosmopoint Seremban. Majlis itu telah dikendalikan oleh ayah Cik Adlina Mansor iaitu Tuan Hj Mansor. Aku tak dapat hadir majlis tersebut kerana aku punyai 2 kelas berturut-turut, aku cuma dapat singgah sekejap untuk mengambil gambar majlis tersebut. Aku minta maaflah pada lecturer-lecturer yang lain jika mereka rasa aku macam tak nak terlibat dengan majlis nih. Bukan aku tak nak terlibat, cumanya aku punyai kelas secara berturut-turut. Well, picture majlis tersebut akan aku upload besok dalam post aku seterusnya. Hari nih aku ada kelas malam, aku rasa macam nak marah jer 2 student aku dari kelas malam tuh. Apa yang aku ajar last week, boleh dorang nak minta aku ajar balik. Pergh! nak meletup kepala aku rasa. Then, aku coolkan diri dan ajar mereka perlahan-lahan. Akhirnya settle masalah, minggu depan aku aspect dorang tuh dah master basic skill sebelum aku pergi ke next chapter. - to be continue -

0 comments: