Sehari sebelum Ramadhan.....

Assalamualaikum...
Pejam celik...pejam celik...dah setahun berlalu. Rasanya macam baru jer lepas berpuasa tahun lepas...kali ini Ramadhan muncul kembali dengan sinar keinsafan yang baru...Alhamdulillah. Sebelum masuk post untuk puasa yang pertama, ingin aku ceritakan apa yang berlaku sehari sebelum puasa. Memandangkan semua orang sibuk dengan persedian menyambut bulan Ramadhan atau orang Negeri Sembilan kata "Mantai"...aku pula sibuk menghabiskan masa dengan menonton wayang bersama kawan baik ku Man Pilah dan tunangku Suria (sebelum dia balik KL).

Filem menjadi pilihan kami adalah Captain America : The First Avenger. Movie nih sememangnya best untuk ditonton. Jalan cerita, costume, CGI dan aksinya cukup dan tidak menghampakan. Kalau nak dibandingkan dengan movie Thor dan Green Lantern...Captain America jauh lebih bagus. 

The best part is, you all kena tunggu habis credit movie untuk menyaksikan trailer movie gabungan superheroes komik Marvel iaitu The Avengers. I just can't wait to see it.

Lakonan Chris Evans jugak bagus, langsung tak nampak bayangan watak "Human Torch" yang dipegangnya dalam filem Fantastic Four. At first, agak meragukan juga...kenapa memilih Chris Evans? Tapi once dah tengok movie...there's no doubt he's suitable for the cap's role.

Once dah hantar Man pergi Seremban 3 dan hantar Su balik KL naik bas, aku nak balik jer...baru aku sedar yang ada kereta langgar kereta akak aku. Kemek jugaklah bahagian depan...nasib baik tak terusik radiator (pasal aku parking reverse). Lampu dan lampu signal juga masih function. Ini kes langgar lari nih...tiada seorang saksi dan sebarang notes peninggalan dari perlaku kesalahan kelihatan. Haduih! tahu akak aku nih...masak ler.

Maybe sebab Allah bagi petunjuk kot...jangan tengok wayang sebelum puasa. Well, siapa jer yang tahu...hanya Allah yang tahu. Nampak gayanya, kenalah aku berusaha keras untuk repair kereta akak aku nih. Dugaan Ramadhan sebelum Ramadhan. Well, banyakkan bersabar dan berdoa agar dimurahkan rezeki. Amin.

0 comments: