busy week...

Assalamualaikum...it has been a busy week for me last week. First of all, berkaitan dengan Bengkel Asas Fotografi yang di anjurkan oleh Kelab Creation dengan kerjasama Solid Mediawork. Walaupun sambutan tidak seberapa, akan tetapi hasilnya agak memberangsangkan. Aku kagum jugak dengan hasil kerja peserta-peserta yang ambil bahagian dalam bengkel ini. Apa yang lebih mengkagumkan adalah dalam masa sehari mereka dapat menghasilkan kerja yang baik. Inilah yang aku inginkan dari semua student2 aku. Tapi still ada lagi student-student yang tak appreciate apa yang aku cuba lakukan untuk membantu mereka. HAh! lantak koranglah.

Bengkel Asas Fotografi bersama Solid MediaWork.

Then hari selasa lepas aku, umie, azza dan kak fiza telah round separuh Negeri Sembilan
untuk pergi melawat pelajar-pelajar practical dibawah jagaan kami. Bermula dari 8.45am kami bertolak ke Rasah untuk melawat student Azza. Kendian pergi pula ke Senawang untuk melawat student Azza dan Umie. Dari Senawang pula kami terus pergi ke Port Dickson untuk melawat student Azza yang terakhir. Setelah selesai, kami pun bertolak ke area Nilai pula. On the way ke nilai, minyak kereta si Azza nih plak nak kehabisan minyak. Nasib baik sempat sampai rest area Seremban. Kalau tak mahu menolak kereta tuh, hati aku dah berdebar-debar. Then sampailah kami kat Nilai, kami pergi ke Taman Semarak 2 untuk melawat student aku. Aku amat kagum dengan student aku nih. Kalau dulu hasil kerjanya tidak memberangsangkan sangat, even final project pun teruk. Tapi setelah dorang expose dengan dunia luar. Barulah dorang nampak dengan jelasnya kehendak diluar sana. Dengan bangganya aku katakan disini, hasil kerja student aku nih dah improve. Then kami ke USIM (Universiti Sains Islam Malaysia), pergh tempatnya agak sunyi compare dengan universiti-unversiti yang lain. Dengan panas yang agak terik...aku, kak fiza dan azza terpaksa menunggu di parking lot dengan tanpa sebarang perlindungan dari bahang matahari untuk menunggu Umie melawat studentnya. Habis jer kat Usim, kami berangkat ke Beranang untuk melawat student kak fiza. Masuk jer kak fiza ke tempat practical tuh, hujan pun turun selebat-lebatnya. Pergh time tuh kepala aku dah mamai, tadi panas then tetiba plak hujan. On the way balik tuh aku macam mamai bawak keta, alhamdulillah semuanya selamat. Lepas nih aku akan ceritakan pula proses pembedahan aku. Till my next post, Assalamualaikum.

0 comments: