A Day with My Sayang in Kajang and Kuala Lumpur

Assalamualaikum...semalam aku pergi kerja kawen anak sepupu aku. Majlis tuh diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang...dekat sangat dengan kedai jual satay Kajang yang famous tuh. Majlisnya simple jer...hanya majlis resepsi jer. Aku pula ditemani oleh buah hatiku SU. Kitorang sampai ke majlis tersebut pun dah agak lewat. Dengan jam kat Seremban dan jugak Kajang tuh...kitorang sampai pun orang dah tak ramai. Maybe sebab buat kat dewan tuh ada time limitnya kot...dari pukul 12pm hingga 4pm jer. Kedatangan kami disambut oleh sepupuku Kak Idah dan suaminya Abg Jalil. Aku pun memperkenalkan mereka pada Su. Kendian aku jugak memperkenalkan Su pada semua sedara mara ku yang lain. By the time kitorang sampai, akak aku (kak intan) dah sampai dulu, so kitorang duduklah makan di table dia.

inilah sepupuku kak idah (kiri) dan suaminya abg jalil (kanan)...sporting tak hingat dorang nih...dalam sibuk² melayan dan menyambut tetamu...sempat lagi posing untuk aku (bunga tuh aku yang suruh dorang pegang)...hahahaha...

Inilah plak anak bujang mereka si zahid (anak yang sulung) dan mizi (anak yang bongsu)

dan ini pula pasangan pengantin...the main character of the story...the star of the event...the sugar of the cake....HUH!?...farhana (anak sepupuku) dan pasangannya si fazli...

Semoga pasangan pengantin berbahagia selalu hingga ke anak cucu.

huhuhuhuhu...kesempatan di majlis nih, aku ambillah picture sayangku dengan akak ku bersama...tak ker comel mereka berdua nih...so sweeet!


pergh! ada pintu gerbang lah sayang...jom amik gambar disitu..hahahahaha...ambik berkat dengan bergambar bersama pasangan pengantin..

isn't she cute...so adorable

akak aku bergambar dengan mak andam...tapi muka mak andam nih macam fimiliarlah...dekat mana aku pernah nampak muka dia nih ek?...su pun cakap macam tuh...if anyone can help me...

After suma dah settle, aku masih menunggu kedatangan akak aku (kak na) dan suaminya (abg zali). Dorang datang agak lambat sikit, pasal abg zali pergi jumpa client so agak lambat jugaklah mereka. At last mereka sampai jugak dan tak ku sangka, si kecik kesayangan aku pun ikut sekali.

look at her in pink baju kurung and her pearl necklace...isn't she so lovely...ini muka baru lepas bangun tido nih...itu yang tak senyum dan tak pandang camera...lagipun dia malu ramai orang tengok dia...hehehe...

Then selepas pergi majlis kat Kajang, aku dan su pun pergi bersiar-siar ke KLCC. Nak dijadikan cerita, sampai area KL...hujan lebatlah plak. Kitorang tetap pergi jugak kesana. Kitorang berjalan dari hujung ke hujung Suria KLCC tuh dari bawah ke atas. Penat jugaklah, singgah kedai tuh kedai ini...beli tak jugak tapi seronok pasal pergi dengan orang yang aku sayang. Then kitorang pi beli aiskrim dan makan kat food court KLCC tuh. Tengok² hujan pun dah berhenti, so ada peluanglah kitorang nak bergambar kat luar tuh.

begitulah aktiviti kami berdua di KLCC. So, kami pun balik dalam pukul 7.15pm. dan sampai ke rumah Su dalam pukul 8.15pm. That's conclude my day with my sayang in Kajang and Kuala Lumpur. Till we meet again in my next post. See ya Later. Assalamualaikum.

1 comments:

zoora qushairi said...

romantic nyerrrr kamoo berdua....moga lekas ke jinjang pelamin......amin ~ =)