the funniest day to date....

Assalamualaikum...
Semalam aku telah adakan satu meeting dengan student² Grafik Kolej aku. Dalam meeting tuh, pelbagailah yang diperbincangkan. Mainly, semua berkaitan dengan yuran dan aktiviti yang akan dijalankan dalam jangka masa setahun nih. Isu hangat yang betul² menarik minat aku ada isu YURAN. Ada certain student mencadangkan RM3 sebulan dan ada juga yang mencadangkan RM2. Memandangkan mereka bercadang untuk mengadakan pelbagai aktiviti...aku secara tetiba hangin dengan cadangan mereka. So, lets do some math...

RM 2 X 60 orang student = RM 120
RM 120 X 12 bulan = RM 1440

Expenses (estimation)
Buat bengkel (photography) = RM 850
Trip = RM 700 (sewa bas, dll)
Buat bengkel (Photshop) = RM 850
Final Project Preparation = RM 800
Total = RM 3200

So, disini korang sendiri boleh nampak betapa student² grafik aku nih tak berfikiran longterm. Dengan kutipan yang sedikit, ada pula hati nak buat aktiviti² yang banyak. Mana dorang nak cekau duit yang lebih tuh. Ada plak yang bersuara nak cari sponsor...hahahahaha...tergelak aku. Mana korang nak cari sponsor, dengan attitude korang yang agak lazy tuh. Haduih....

Then aku perhatikan student² yang datang tuh, boleh dikatakan mereka² yang aku ajar sem nih tak datang. So, hari nih aku di dalam kelas...aku telah menggenakan denda pada mereka sebagai pengajaran. Aku minta mereka mencari nama
Lecturer aku semasa aku amik CDDS di KLMU. Aku bagi mereka tempoh sehingga besok petang, kalau tidak carrymark mereka akan aku tolak. Aku nak mereka nih berdisplin sikit dan belajar menepati masa. Pada student² yang kena dan membaca blog nih...saya ucapkan Good Luck. Lain kali kalau ada meeting, sila hadirkan diri.

2 comments:

azza said...

amar..

RM120 x 12 tahun = 1440.....
12 TAHUN???????lamenye mereka tu blajar kt cosmo nie....:P

Suria Home Biz said...

wakaka...lawak2 :))