Semalam yang boring....

Assalamualaikum....
Seperti yang aku jangkakan semalam, selepas jaga exam aku tak tahu nak buat apa. Aku kekeringan idea dan merayau jer kat Seremban nih jer. Aku mulakan langkah aku dengan niat nak tengok movie kat
MBO Cinema kat Terminal 2. Tiba sajer kat sana, aku dalam keadaan basah sedikit akibat hujan renyai². Then bila aku tiba dihadapan MBO, aku ternganga..kerana movie yang ditayangkan tuh tak begitu menarik minat aku. Haduih!...leceh plak ai. Then aku lepaklah kat Terminal 2 tuh sampai aku dah betul² buntu. Then aku mengorak langkah pergi ke Jaya Jusco Seremban 2. Masuk² jer aku ke JJ tuh, punyalah ramai manusia. Especially si Ladies dan secara tak langsung aku teringat lagu si Rossa "Hey! Ladies". Dari yang kecik hinggalah ke yang tua...semuanya keluar shopping.

Oklah! Aku pun mengorak langkah pergi
TGV Cinema dengan harapan yang tinggi ada ler movie yang aku interested. Damn! kecewa lagi aku. Movie yang ditayangkan lagi boring dari movie di MBO Cinema. Memang SUCK gila panggung wayang kat Seremban nih. Nak pergi GSC Cinema kat Terminal 1 tuh, for sure bebudak sekolah yang baru nak naik RAMAI gila. Semaklah dorang nih, sekarang baru aku tahu macam mana abang² aku rasa bila mereka ditempat aku satu ketika dulu. Semak weh! dengan dressing code, hairstyle dan attitude dorang sekarang nih...memang semak. So, aku decide untuk lepak² kat JJ tuh jer. Tempat yang aku tuju adalah FOS, MPH dan Speedy Video. Kat Speedy Videolah aku paling lama...dari movie ke drama bersiri, dari citer melayu ke citer jepun, dari citer action ke kartun ultraman dan dari kaset hingga ke CD Audio semuanya aku survey.

Since aku bosan, aku pun melayan
sms dengan yang tersayang. Sambil berjalan, sambil aku ber"sms". Kira terasalah juga kehadiran dia disisi, walaupun takder. Dah penat aku berjalan, aku pun singgah kat kedai makan. Minum teh ais dan makan mee goreng. Then teringat plak malam tuh ada Perlawanan Akhir Piala Malaysia. Negeri Sembilan vs Kelantan dimana keputusan memihak kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 3 -1 mengalahkan Kelantan. Kendian dah selesai semua, aku pun balik ke rumah. Hari nih aku kena jaga exam lagi ber"partnerkan" Umi Hidayah. So untill next time. See ya later...Assalamualaikum.

0 comments: