The day has come....

Assalamualaikum...Rabu yang lepas aku telah di"admit"kan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. So, pagi sebelum kul 9 aku dah admit. Then seharian tuh aku tak tahu nak buat apa. Memang agak membosankanlah sikit. Then segala bacaan darah, tekanan darah, suhu badan dan nadi semuanya ok. Satu hari tuh adalah 4 kali dorang check, alhamdulillah semuanya normal. Doktor pakar pun datang check dan berkata yang pembedahan aku akan bermula 8.30am keesokan harinya. Then dalam kul 4pm atau 5pm, seorang doktor pakar bius datang jumpa aku dan terangkan yang dia akan buatkan aku rasa kebas dari pinggang ke bawah. Caranya dengan memasukkan bius di tulang belakang aku. Pergh aku dengar pun dah agak mengerikan. So, lets skip to the next day.

The next day, begin at 6.30am. The nurse ask me to take a bath first, sebelum dia bagi buat tido dan masukkan air. Aku pun tukar pakaian kepada pakaian OT (Operation Theater). Then tepat kul 8.00am aku pun masuk ke OT. First, doktor bius aku kat belakang. Time tuh tuhan sajer yang tahu apa yang aku rasa. Sememangnya pagi itu, aku rasa lumpuh dari pinggan ke kebawah. Tepat 8.30 operation pun dijalankan, yang aku peliknya. KENAPA AKU TAK TIDO?. Sepanjang 2jam 30minit operation dijalankan aku berjaga. Selama itulah aku dengar apa yang doktor-doktor nih borakkan. Rupanya doktor pakar nih pun kaki gossip jugak rupanya. Hampeh!

Setelah selesai operation, aku pun masuklah wad balik. Ini barulah aku nak masukkan cerita bahagian yang sakit nih. Kul 2.00pm, bius aku pun habis. So, bermula peperangan aku menahan kesakitan dan keperitan. Bayangkan, aku terpaksa baring terlentang selama 6 jam. Dengan keperitan dan kesakitan yang aku tanggung di luka, usus dan belakang, aku tak boleh bergerak. Memandangkan aku tak tertahan, aku bergerak jugak sampai aku dapat posisi yang selesa bagi aku. Tapi yang membuatkan aku rasa betul-betul sakit adalah dibahagian usus aku. Nasib aku baik kerana doktor yang membedah aku terus bagi pain killer yang agak tinggi dosagenya. Lepas jer, diberikan pain killer tuh aku terus tido sampai ke malam. Malam itu aku terjaga, apabila aku terdengar akan suara yang familiar dan amat aku rindui. Su datang menjenguk ku bersama mama dan babahnya. Terubat sikit keperitan aku bila Su datang. Thanks sayang for coming.

Keesokan harinya, aku dah boleh buang air kecil dan buang angin. Itu petanda, yang ALL SYSTEM ARE GO. Aku pun beranikan diri untuk berdiri, duduk dan berjalan selepas operation nih, bagi menunjukkan aku dah ready nak balik pada doktor. Keperitan yang amat sangat aku tanggung bila aku tunjuk berani nih. Tak kisahlah, asalkan aku dapat keluar dari Hospital nih. Aku hampir demam, tapi selepas berjalan semua...doktor bagilah aku discharge.

Disini aku ingin ucapkan, terima kasih pada FAMILY AKU, SU DAN FAMILY, KAWAN-KAWAN dan STUDENT AKU (di Facebook) yang banyak memberi sokongan pada aku dalam tempoh kesakitan ini. Hanya tuhan sajer yang dapat membalas jasa kamu semua. Doakan aku cepat sembuh yer?...Assalamualaikum.

1 comments:

cyruscope said...

alhamdulillah. cuak aku dengar citer ko.. huh~ LEPAS NI kene jaga ksihatan cecukup.. ~ take care bro~