Long Awaited Come Back.

Assalamualaikum, Setelah sekian lama (dah hampit tujuh bulan) aku tak menulis blog...hari ini tanggal 1hb Ogos 2010, aku kemabli menulis blog. Well banyak citer yang nak aku tulis, maybe we can let it just slide and focus on the up coming things.

Hari ini abg2 aku dari Kluang, dorang sampai semalam tapias usual...dorang datang kejap jer...lepas lunch tadi dorang dah balik semula. Aku plak lepas dorang balik, aku ingat nak update blog...tapi macam tak sempat pasal aku nak main badminton.

Badminton merupakan hobi aku yang terkini, aku telah mengikuti hobi ini selepas kolej aku anjurkan pertandingan badminton. Maknanya sebelum Chong Wei menang All England dan sebelum Malaysia kalah Piala Thomas. One of the reason aku minat main badminton nih, pasal ramai kawan-kawan aku yang duk lepak kat benteng dulu dan geng 5spokes pun minat bermain badminton. For example, ayen, pairzal, rizal, fatah, azir, raja, amly, amat dan beberapa orang lagi. At the same dapat jugaklah aku berkenalan dengan kawan-kawan baru.

Hari nih aku main macam tak bermaya...kaki aku macam berat nak gerak macam biasa. Aku tak tahu kenapa, maybe humidity bermain petang dengan malam nih lain. Maybe betul kata rizal, aku berat pasal banyak minum air. Maybe that's the reason...i'm sure of it.

Aku tak sabar nak pergi Kajang lagi, aku nak beli racket badminton RSL yang aku minat. Aku agak kecewa dengan performance racket aku yang baru ditukar talinya dengan tali Yonex BG66. Racket dan tali baru ini bagus, cuma yang membuatkan aku kecewa adalah tarikan tension tali yang dibuat oleh kedai THONG TAT HANG (bodoh punya pemilik kedai...ko dengan anak ko sama jer). Aku suruh tarik tension 27...dia pi tarik bawah dari tuh. Tali tuh boleh bergerak-gerak plak lepas tarik dan bila smash...aku perlu menggunakan sepenuh tenaga. Itu yang buatkan bahu aku sakit2...tapi shuttle bukan pergi pun.

Oklah, aku pun dah banyak cerita nih...wait until next post.

1 comments:

Effi Rahmat said...

Lama betul en amar tak berblog.. hmmm... kat sini jer leh tau cerita kengkawan lama nih.. hehehe..