My Weekends

Assalamualaikum...
Terengganu (Kerteh) - N.Sembilan (Bandar Springhill, PD) and back. Percaya atau tidak perjalanan aku, su dan adiknya marwan...mengambil masa lebih kurang 3jam setengah sahaja. Benar kawan-kawan, itulah yang berlaku. Sepertimana aku pergi, begitu jugaklah aku balik...3jam setengah. Perjalanan malam melalui laluan seremban - kuala pilah - serting - keratong - muadzam - chini - paloh hinai - gambang - highway pantai timur - cherating - kemaman - kemasik - kerteh sememang digunakan oleh adik marwan bawa 100 - 150 km/j. Aku sebagai passenger (cum co-driver) kecut perut dibuatnya. Alhamdulillah brek Persona mak dia tuh baik conditionnyer...kalau tak, haduih!.

First time aku pergi kenduri kawin di Terengganu (Taman Islam, Kemaman), khemah tempat makan diasingkan kepada Muslimin dan Muslimah. Aku agak kekok jugak, nasib baik adik marwan dan abg johan ader...takderlah aku keseorangan kat khemah Muslimin tuh. Jauh di belakang kepala otak aku nih bertanya, adakah memang semua kenduri di Terengganu sebegitu atau itu memang cara orang di Taman Islam macam tuh?.

Balik dari majlis kawin, aku merayau sekitar Central Point atau Center Point, Kemaman. Dah puas jalan kat situ, kitorang pergi pula ke Mesra Mall, Kemasik. Ini bukan kali pertama aku ke sana, tempatnya memang best...ada Famous Amos, Big Apple Donuts, Starbucks, Secret Recipe, Burger King dan lain-lain. Lepas penat berjalan kitorang makan kat McDonald, Kerteh. Do not underestimated Kerteh dan Kemasik...ok?. Tempatnya maybe kecik, tapi disitulah tempatnya pekerja-pekerja PETRONAS berkumpul dan beramah mesra dengan family dan juga kawan-kawan.

Jam menunjukkan jam 7.00 lebih, proses mencari keropok goreng dan juga keropok lekor. Sebelum pergi lagi, aku telah menerima tempahan dari peminat-peminat keropok lekor di office. Destinasi pertama, pasar malam PAKA (PAKE sebutannya) cuma ada keropok goreng sahaja. Su dan Marwan belikan untuk staff-staff showroom mereka. Aku kurang berminat sikit dan lagipun tiada tempahan. Selepas bertanyakan adik beradik sepupu Su...akhirnya kitorang pun bertolak balik dan on the way balik tuh...mereka suggest ada sebuah kedai bernama Keropok Lekor Cap Kapal Layar Hajah Rokiah di Kemaman. Berhampiran dengan pintu gerbang Kemaman - Cherating. Mereka suggest kedai ini kerana Keropok Lekornya sedap. Itu diakui oleh diriku sendiri kerana ini bukan kali pertama aku pergi ke kedai itu. Tempahan-tempahan yang aku terima juga inginkan aku membelinya disitu. Pada mulanya aku agak takut kerana aku khuatiri kedai ini sudah tutup...tapi alhamdulillah, kedai itu masih buka lagi...(jam pun dah pukul berapa plak time tuh). So, Umie, Yang dan Dayah...keropok lekor yang korang tempah telah aku berikan secara fresh dari "Ghanu Kita" tanpa menyimpannya terlebih dahulu di peti sejuk. Bon Appetite!

Kepada penduduk Pahang atau Terengganu? Apakah nama highway yang menemukan Plaza Tol Jabor di Lebuhraya Pantai Timur dengan Jalan Cherating?

Ahad sekembalinya dari Terengganu.
Hari ini aku habiskan masa dengan menonton wayang citer SALT. Citer penuh dengan aksi, cuma jalan ceritalah aku kurang senang dan sakit hati sikit. Kalau korang tengok baru korang akan faham. Lakonan Angelina Jolie as usual tapi memang nampak aksi lasak semuanya dia cuba buat sendiri.
Lepas jer tengok wayang, aku terus pergi main badminton. Aku ingatkan ramai, setibanya aku disitu aku cuma di temani Azir. Yang lain semuanya ada hal masing-masing. Selepas satu jam aku main, En.Amat pun datang. Kira dia datang tuh pun nasib baik aku dan Azir tak balik lagi. Kitorang pun mainlah single. Macam nak tercabut kaki aku mengejar shuttle. Tapi overall, aku rasa sedap bila keluar peluh. Credit to Azir dan En.Amat.

Aku cuma agak kecewa sikitlah dengan kawan-kawan yang awal-awal dulu kata nak main badminton, tapi sekarang batang hidung nak nampak pun susah kat court setiap minggu. Dulu citer berkobar-kobar, sekarang apa dah jadi? Entahlah, as along as you all happy...it's fine by me.

On the way balik umah, aku teringat aku kena bawa something for tomorrow's lunch. Aku pun singgah ke kedai dan beli sekotak telur (10biji) dan mayonis untuk buat telur dadar. Bila sampai umah, pewot pun lapar...aku goreng nasi, then masak telur dadar campur dengan mayonis. Pergh! bagi aku bestlah...pasal aku yang masak. Nak tahu sedap atau tidak, besoklah menentuan nyer.

That's all about my weekend.

2 comments:

cyruscope said...

weekend ko mmg kaboom i must say. gilos betul. 3 jam.. mcm tak caya.

Amar Shah said...

well, that's the truth...my friend