Puasa Kedua : Berbuka di Office

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat juga aku melaksanakan fardhu Ramadhan pada hari yang kedua ini. Seperti semalam pagiku bermula dengan agak slow dan bertambah momentum apa bila menuju ke arah tengahari dan petang. Hari ini aku ada kelas malam, so nampak gayanya berbuka di office lah aku. Kali ini aku bertemankan rakan sekerja seperti Kak Fiza, Umie dan Ng. Ini bukan kali pertama aku berbuka dengan Kak Fiza dan Umie, pasal tahun lepas pun kitorang berbuka bersama...kalau tak silap pada hari yang sama iaitu hari Khamis. Sebelum berbuka dan kelas tuh, sempatlah kitorang berempat membeli juadah berbuka di Terminal One, Seremban. Kali ini kami bertemankan Azza dan Zoora, pasal dorang pun nak beli juadah sebelum balik umah.

So, picture² nih adalah beberapa picture suasana dan gelagat rakanyang sempat aku rakam:



















Inilah dia suasana di Bazaar Ramadhan Terminal One Seremban. Boleh tahan jugak pengunjung bazaar nih, tapi kebanyakan mereka adalah pekerja² Terminal One sendiri, pekerja syarikat yang berhampiran dan jugak pekerja² yang nak balik umah menaiki bas. Juadah boleh dikatakan banyak, tapi tentang harga memang agak mahal sedikit dan ada juga yang tidak berpatutan. Mahal pun mahal lah, dek kerana takder tempat lain kitorang nak beli juadah...kitorang beli jugak.

Menu aku petang nih simple jer. Beli nasi ayam, nasi lemak singgit dan air kelapa. Nasi lemak dah habis dulu sebelum aku amik picture nih...(boleh nampak daun pisang jer lah). Ini pun dah bersyukur sangat aku.

Besok aku tak tahu plak apa menu aku, yang pastinya besok aku tak leh beli banyak² kerana nak berterawih dan bermain badminton dengan kawan-kawan. Till then, bye.

2 comments:

Effi Rahmat said...

Gi pasar ramadhan pon sempat posing... hehe... weiii... ng tuh posa gak ker??? rindu ler nak buka ngan korang... siang² nih nampak cam sedap je nasik tuh... hahaha...

Amar Shah said...

kak efi...ha'ah, Ng dah start posa jugak...nama dia skarang nur aminah ng...hehehehehe