Persona ku pergi service

Assalamualaikum....

Pagi:
Aku bertolak dari Kuala Pilah lebih kurang 7.30am. Memang bestlah drive dari Kuala Pilah ke Seremban. Sejuk jer pagi² dengan kabusnya masih ada lagi. Macam nak pindah Pilah jer...hik hik hik. Aku sampai Pusat Servis Proton Senawang dalam pukul 8am. Appointment aku dengan dorang pulak pukul 8.15. Haduh! Mak ai...ramah betul pekerja² pusat servis kat sini. Rasa macam VIP plak aku pagi² tadi...hahaha...anyway, aku nak pastikan...adakah pusat servis ini bagus sepertimana layanan mereka pada customer. Alhamdulillah, setakat nih brek belakang kereta aku dah tidak berbunyi lagi. The last time aku hantar servis kat Wanija, brek aku cuma elok untuk beberapa minggu sahaja. Ini semua kerana, silinder pam brek belakang tuh dah tak function lagi. Kali nih aku nak tengok berapa lama agaknya bertahan selepas silinder pam dah pun tukar.

Tengahari:
Nothing much happen..just the same things i did everyday. Minus the lunch part...lunch pun tadi makan buah rambutan. Hehehehe...thank you pada student YANG NAJIHAH...saya makan bagi pihak lecturer awak tuh.

Petang:
Hari nih aku mengantikan kelas Advertising Design 1 (evening) yang ditingggalkan oleh Cik Yang Najihah. Walaupun tak berapa ramai, tapi kena jugak masuk...aku nak tgk progress. Akhirnya bulan puasa kali nih sepertimana bulan puasa tahun lepas...aku, umie dan kak fiza kembali bersama punyai kelas malam di bulan puasa (berbuka puasa bersama lagilah kita nampaknya). Pewot sudah lapar, aku nak pi beli mee segera. Hehehehe...assalamualaikum.

0 comments: