Steamboat for berbuka...

Assalamulaikum...

Hari nih aku nak citer sikit pasal title post nih....steamboat for berbuka. Pergh! memang best giler...dengan bayar RM18 seorang, aku rasa kitorang makan macam bayar RM25 seorang plak. Macam² menu ader...dari frankfurter (hotdog) sampailah ke daging kambing dan sayur-sayuran sampailah ke makanan seafood.

Bermula dengan aku, Man, Iwan dan Ernie berkumpul di Kolej. Then kitorang bergerak ke Seremban 2 dengan menaiki kereta aku. Sampai disana, Fariz dah menunggu. Selang beberapa minit, Dayah dan Umie pun sampai ke destinasi. Kendian Jue dan Wawa pun sampai dan ikuti oleh Aznie dan Azan. But unfortunately bagi Zoora, dia tak dapat datang pasal husband dia si Along (Matt Qushairy) demam. So, kenalah jaga husband dan anak di rumah. Well at first...aku, Man, Iwan dan Ernie macam tak selesa ngan tempat nih...pasal majoroti pelanggan semuanya berbangsa cina (dah kedai pun kedai cina)...then kitorang nampak sepasang suami isteri berbangsa melayu berada disitu. Diikuti dengan beberapa family Melayu yang lain datang berbuka disitu. Itu serba sedikit telah membuatkan kitorang yakin dengan ke"halal"an kedai itu.
Sepuluh minit sebelum berbuka, kitorang pergilah memilih menu² yang kitorang nak masak dan makan. Majoriti makanan yang kitorang ambik dan masak adalah ayam, kambing, seafood dan hotdog. Sayur kalau ader pun cendawan dan jagung. Then Kitorang start memasak dan membakar. Gambar-gambar dibawah menunjukkan aktiviti kitorang:













Haaa...itulah dia ramai plak tukang masak pada petang tuh...dari tak pandai pakai chopstick sampailah memasak pakai pun pakai chopstick.










Dua meja yang berasingan dengan menu yang sama...hehehehe...marvelous siut, puas hati aku makan...and for desert, makan ais krim 6 perisa ( durian, coklat, strawberi, vanilla, keladi dan jagung )











Yang tida dalam picture nih si Wawa dan si Iwan. Masing² tengah membuncitkan pewot masing²...huahahahaha...selepas jer berbuka steamboat nih...aku pun hantar Man balik Pilah. Then aku pun tolong buah hati aku Su untuk kemas showroom dan aku tido sana. Till my next post...see you later.

0 comments: